Wednesday, April 17, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Bantuan Dari BN Untuk Penduduk Wangsa Maju


"Apa yang dinikmati Warga Wangsa Maju hari ini hasil daripada Kerajaan BN yang begitu prihatin dengan masalah rakyat", kata Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah kepada Utusan.

Beliau turut mengambil contoh tentang kerja-kerja mengecat dan membaikpulih 55 Blok flat di Taman Melati. Peruntukan sebanyak RM5 juta yang telah dilulus kan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada November 2012.

Jelasnya lagi, bantuan dari BN Wangsa Maju tidak tertumpu hanya kepada masyarakat melayu, tetapi masyarakat Cina dan India di Wangsa Maju turut terbela.

Buktinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan peruntukan bagi membina 2 buah pusat pengurusan mayat bagi kaum cina dan india selepas beliau mengemukakan keperluan tersebut.

Dato' Dr Hj Mohd Shafei terus menyatakan, antara pembangunan lain yang turut diperjuangkan oleh BN Wangsa Maju adalah mewujudkan sekolah agama di Gombak Selatan yang bakal disiapkan dalam tempoh 2 tahun serta mengiktiraf Kg Puah sebagai kampung tradisi.

'Dari Rakyat Untuk Rakyat'

Terima Kasih Barisan Nasional

Undilah Calon P116 Parlimen Wangsa Maju

3 comments:

  1. BOLEH MENANG KER??????

    ReplyDelete
  2. bantuan hanya untuk kroni-kroni yang sudah sedia ada . cubalah cari golongan individu yang sebenarnya memerlukan bantuan & pertolongan . dimanakah keikhlasannya serta kejujuran dan tanggungjawab dan amanah ???

    yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin .

    Nantero2930

    BANDAR BARU WANGSA MAJU - ZON R1 ///

    ReplyDelete