Friday, December 14, 2012

10 Kali Berlaku, Nik Aziz Hanya Duduk Diam???



KOTA BHARU - Penduduk di Jalan Sri Cemerlang, di sini, khuatir dengan kejadian ragut yang kerap kali berlaku di kawasan terbabit sehingga menimbulkan ketakutan kepada mereka lebih-lebih lagi menjelang waktu tengah malam.

Seorang penyewa rumah di kawasan itu, Chai Chee Mun, 46, berkata, kejadian terbaru berlaku di hadapan matanya dua hari lalu, apabila seorang pelajar di sebuah kolej berdekatan diragut ketika menunggang motosikal kira-kita jam 11 malam.

“Namun tindakan pelajar terbabit yang menerpa masuk ke dalam pagar rumah sewa yang saya duduki bersama rakan-rakan menyelamatkannya dari kejadian itu.

“Kami cuba bertindak mengejar seorang pemuda yang juga menaiki motosikal selepas gagal meragut mangsa, namun lelaki itu berjaya melarikan diri apabila dia memecut laju motosikal yang ditunggangnya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Chee Mun berkata, beliau bimbang dengan keadaan berkenaan memandangkan kawasan susur masuk ke laluan terbabit agak suram dan gelap akibat pencahayaan lampu yang malap.

“Pernah perkara ini diajukan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil dan keadaan jalan yang gelap menjadi sasaran peragut di kawasan ini.

“Apa yang kami harapkan sebagai penduduk di sini supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan berkala bagi menangani situasi ini memandangkan ia sudah melibatkan lebih 10 kes,” katanya.

Menurutnya, pemantauan segera perlu dilakukan bagi menangani situasi itu dari terus berlaku dan melibatkan lebih ramai lagi menjadi mangsa.

Sehubungan itu, Che Mun berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tindakan proaktif berhubung masalah itu yang membelenggu penduduk di kawasan terbabit sejak lebih setahun lalu.

Apa punya kerajaan, terapkan nilai-nilai Islam pun gagal sehingga meningkatnya kadar jenayah, dan sediakan infrstruktur yang sempurna pun gagal sehingga memberikan suasana yang tidak selesa kepada rakyat melainkan keselesaan kepada penjenayah. Teruk sungguh jenayah kerajaan Pas Kelantan ni.

4 comments:

  1. Inilah sebab Hukum Allah perlu didaulatkan dan Nik Aziz mendahului dengan cuba menguatkuasakannya, ada halangan.

    Setakat yang aku tahu, hukum hudud yang dibentangkan adalah sama seperti hukum yang aku belajar di sekolah agama johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nik ajis takut hilang undi cina tu pasal kes salon rambut pun takut nak pertahan inikan pulak hudud.memang dio ni kaki putar mengalahkan serbannye.

      Delete
  2. Nik Aziz penipu. Pengikut dibodohkan dgn autanya.

    ReplyDelete
  3. Mas'aloh jenayoh ni buke kijo ambo, tapi kijo pok lih (polis) dgn UMNO. Begitu jugok dgn mas'aloh air karat- buke mas'aloh ambo, tapi mas'aloh Sarekat Air Klate & UMNO. Mas'aloh gapo lagi? Oh! Mas'aloh HIV pom buke mas'aloh ambo, tapi mas'aloh Kementerie Kesihate & UMNO. Mas'aloh mesjid gutuh pun buke kijo ambo tapi kijo krajae UMNO.

    Doh mugapo so kkagho ( seperkara )hok jadi mas'aloh & kijo ambo nyah? Cubo tteko? Betu kalu, ambo bui splo senggg!!

    P/s: JPA UMNO tulong jange lupo gaji elaung setengoh tahun ambo RM11 ribu wak mmasuk ekaung bank ambo sekali dgn elaung bulane hok RM22 ribu sebule tu sekali deh?

    Yang Plawok,

    Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
    MB Klate Darul Tokong

    ReplyDelete