Monday, December 3, 2012

Deepak Macai PAKATAN...



Lelaki bernama Deepak yang juga seorang ahli perniagaan baru-baru ini kononnya telah mendedahkan sesuatu yang bakal menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan isteri . Cerita mengenai Deepak ini disebarkan secara meluas dalam portal-portal pembangkang. Kemudian rakan-rakan bloggers mula mendedahkan perihal Deepak ini . Deepak dikatakan mempunyai hutang berjuta-juta , yang mungkin sekali boleh membuatkan beliau jatuh bankrap . Bagi seorang ahli perniagaan , bankrap adalah perkara terakhir yang perlu dihadapi mereka . Akibat dari tekanan ini tak mustahil situasi yang dihadapi oleh Deepak ini akan dimanipulasi oleh pihak2 tertentu .

Beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Deepak kepada Perdana Menteri dan isteri sebenarnya dah terjawab sebelum ini dan si pembuat fitnah dah pun di 'check mate' . Deepaak cuba membangkitkan kembali isu Altantuya , sekiranya dilihat dalam portal Malaysiakini , apa yang didedahkan Deepak mempunyai terlalu banyak 'loop holes' . Tuduhan pertama beliau dari petikan portal Malaysiakini ;

"Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu."

Tuduhan diatas dilihat cuba mengelirukan pembaca. Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya . Hal ini diakui oleh Raja Petra dan Zulkifli Nordin sendiri . Petikan dari MalaysianInsider mengatakan Raja Petra tak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam kes Altantuya , manakala dari petikan portal The Edge , Zul Nordin memberitahu beliau diarah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya ;

1. Malaysian Insider
2. The Edge

Selain itu, seorang lagi bekas ahli parlimen pembangkang iaitu Zahrain dalam satu kenyataan media membuat kenyataan berikut ;

"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu. Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006, Altantuya ke sana,"

Rakan blogger Gelombang Wangsa Maju juga sebelum ini telah 'debunked' fitnah-fitnah yang dibuat oleh pembangkang mengenai kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya . Antara point yang penting ialah (baca entri penuh di sini);

"Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus."

Semua fakta-fakta dan pengakuan-pengakuan yang telah dikeluarkan sebelum ini cukup untuk menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Oleh itu, apa saja peranan si Deepak dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam bukan lagi menjadi satu isu kerana selepas pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin dan Raja Petra sendiri menunjukkaan Najib dan Rosmah tidak terlibat . Dan pengakuan mereka ini juga selari mengatakan ada 'tangan' di pihak Pakatan mengarahkan fitnah itu dibuat . Dan rakan blogger Gelombang Wangsa Maju cukup yakin mengatakan R. Sivarasa dan Anwar Ibrahim adalah 'Tok Dalang' dalam merekayasa fitnah ini. Apa yang cuba dilakukan sekarang ialah untuk mengelirukan rakyat dan 'damage mitigation' terhadap fitnah mereka yang dah terkantoi sebelum ini .

Tuduhan kedua , juga dari portal Malaysiakini ;

"Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan."

Sejauh mana kebenaran tuduhan beliau tak lah dapat dipastikan, cuma apa yang kita tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang gagal dan mempunyai macam2 masalah . Beliau mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Najib . Tetapi apa yang selalu berlaku apabila seorang ahli perniagaan mempunyai rakan-rakan berpengaruh dalam politik ialah mereka akan 'menjual' nama pemimpin2 yang kononnya bersahabat dengan mereka untuk kepentingan perniagaan . Menurut Deepak, kononnya urusan perniagaan dipermudahkan kerana beliau banyak 'menyumbang' kepada keluarga Najib . Tanggapan yang cuba dibuat ialah Deepak 'merasuah' keluarga Najib dalam usaha beliau untuk memudahkan segala urusan perniagaan beliau . Sekiranya perkara ini benar , kenapa beliau masih berhadapan dengan masalah kebankrapan dan lain-lain perniagaan? Jelas nampaknya situasi Deepak hanya memberi tekanan kepada diri beliau , dan jalan keluar ialah menjadi pecacai bagi PR untuk mencipta satu lagi fitnah kepada Najib dan isteri.

Orang seperti Deepak sama macam parasit2 UMNO yang kini menyertai Pakatan . Situasinya sama , apabila diri terasa dipinggirkan dan gagal membuat apa2 keuntungan lagi , maka jalan keluar ialah dengan menyertai pihak yang satu lagi yang kita lihat memang sentiasa mengalu-alukan manusia-manusia berstatus pengkhianat ini . Tak hairan pengkhianat2 memang diterima dalam Pakatan kerana pemimpin mereka itu sendiri adalah seorang pengkianat . Modus operandi bagi seorang pengkhianat dalam apa2 perang sekalipun adalah agak sama iaitu menyebarkan maklumat palsu kepada umum dalam membentuk satu persepsi .

Apabila persepsi ini menjadi semakin kuat di kalangan umum , mereka akan mula mencampur adukkan antara fitnah dan realiti . Walau bagaimapun tak mustahil , topeng yang digunapakai oleh pengkhianat talam dua muka ini akan terdedah juga bila tiba masanya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment