Secara peribadi, blog ini menyokong penuh tindakan petugas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan khalwat kepada beberapa pasangan, termasuklah dua orang lelaki di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini.
Bagaimanapun, DAP yang begitu berlagak kononnya mereka lebih memahami Islam berbanding UMNO, melenting dan berang dengan tindakan pihak PAS Kelantan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut pernah diangkat oleh PAS sebagai jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz, membayangkan kontroversi terbaru ini sebagai mengancam kerjasama antara DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, DAP telah berjaya memaksa PAS Kelantan melutut dan meminta maaf berhubung penguatkuasaan undang-undang larangan tukang gunting rambut wanita 'melayan kepala' pelanggan lelaki meskipun bukan beragama Islam.
Seharusnya, DAP menyokong tindakan MPKB-BRI tersebut memandangkan tindakan itu dapat mengurangkan perlakuan tidak senonoh dan gejala memalukan yang kerap dipamerkan oleh golongan remaja tanpa mengira kaum mahupun agama.
Bagaimanapun, DAP yang sebelum ini kerap menempelak UMNO kerana kononnya mereka tidak anti Islam, nampaknya lebih sudu dari kuah. Walaupun ketika bersama-sama para penyokong PAS, para pemimpin DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal ayat-ayat al Quran untuk diceramahkan dan ditafsirkan sesuka hati agar kelihatan mereka sangat dekat dengan Islam, penguatkuasaan undang-undang yang sekecil itu pun, sudah cukup untuk membuka belang dan temberang DAP.
Tu baru tangkap khalwat, bukannya ditangkap, diadili dan kemudian didapati bersalah sebelum disebat atau direjam. Baru tangkap khalwat dan didenda...
Macam tu, para penyokong PAS yang buta mata, sanggup membutakan akal mereka untuk menyokong DAP?
Kalau MCA tentang tu, memang patutlah sebab DAP dan PAS seringkali melabelkan MCA sebagai tidak faham undang-undang Islam kerana tidak diajar oleh UMNO... ini DAP yang berlebih-lebihan tentang sampaikan mengancam 'PERPADUAN' Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan PAS.
Jom umat Islam... kita sokong tindakan MPKB-BRI!!!
Saya sokong sepenuhnya tindakan MPKB. Tindakan itu bukan sahaja kepada orang orang Islam tetapi juga bukan Islam. Kalau mereka berkelakuan tidak senonoh di tempat tempat awam itulah pengajaran yang patut diberi kepada mereka.
ReplyDeleteMPJB bila pula hendak melaksanakannya. Roda sepanjang masa terutama di pantai Lido supaya perbuatan menjolok mata dapat dikurangkan!
Tangkap tu WAYANG...macamana penghakiman / hukuman?
ReplyDelete