Monday, March 18, 2013

Anwar Biseksual TAK Layak Jadi Perdana Menteri!!!!!!!



Mana-mana individu yang dikaitkan dengan gejala seks songsang termasuk aktiviti biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato' S. Nallakaruppan berkata, rakyat sewajarnya menolak sesiapa sahaja yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti itu.

Beliau memberitahu, kegiatan biseksual sememangnya bertentangan dengan nilai-nilai agama dan moral yang dipegang masyarakat di Malaysia.

"Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain pun tidak akan menerima individu biseksual sebagai pemimpin kerajaan.

"Pada pengetahuan saya, warga Britain dan Amerika Syarikat akan memastikan calon-calon yang bertanding jawatan Perdana Menteri atau Presiden mempunyai latar belakang yang bersih dan bebas daripada skandal moral," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Nallakaruppan, bukan sesuatu yang ganjil jika rakyat Malaysia melakukan perkara serupa untuk menilai keperibadian seseorang pemimpin.

Beliau tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepada negara ini sekiranya rakyat memilih pemimpin yang salah.

"Saya berharap situasi itu tidak akan berlaku. Masih ramai lagi pemimpin yang bersih dari segi moral di negara ini yang boleh kita pilih,'' ujarnya.

Kata Nallakaruppan, rakyat hendaklah memanfaatkan kuasa mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan mana-mana pemimpin yang terbabit dalam aktiviti biseksual dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut menyarankan mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan gejala biseksual berundur daripada arena politik seperti yang pernah dilakukan pemimpin-pemimpin politik negara lain.


Sumber: Utusan Online

1 comment:

  1. Datin Wan Azizah hanya Isteri DSAI semasa d rumah sahaja, Nurul Izah (anak ?)tak akan berani nak tegur bapaknya, Azmin Ali ? sekadar budak suruhan dlm & luar kain DSAI, Hadi Awang/ Nik Aziz ? Ulamak Bodoh Sombong (Pandai x dpt diikut, Bodah x dpt d ajar)LGE,LKSiang & Karpal ? Kita sudah tahu mereka ini kapir(musuh Islam)pasti ada agenda utk hancurkan Islam d Malaysia. Jadi siapa yg patut kita percayai dan yakin "SIAPA DSAI YANG SEBENAR-BENARNYA ? MEREKA ADALAH (DATUK NALLA,& YB DATUK ZULKIFLI NORDIN...Kawan Karib sebantal & x Peguam Reformasi. MEREKA BERDUA SELAYAK-LAYAK PERLU DI PERCAYAI MEREKA "SIAPA DSAI ?

    ReplyDelete