Monday, April 15, 2013

Skandal Seks Pemimpin PR, Mengapa Mereka Kebal??



 Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.

Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.

Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.

Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.

Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei’13.

Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.

Apa jadi kepada Anwar selepas itu? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini.
Sejak Anwar menjadi ketua pembangkang, sahabat Anwar sendiri telah mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Anwar sedang mengadakan hubungan seksual dengan seorang perempuan cina. Selepas itu keluar juga beberapa foto dan video mendakwa Anwar dengan beberapa lelaki dalam keadaan intim. Anwar terus terselamat kerana kita kata bahawa video dan foto itu tidak perlu disiasat dan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.

Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan Anwar dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air. Kita kata tak perlu siasat. Itu semua palsu.

Semalam, kita digegarkan pula video hubungan seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS). Segera kita kata tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan dan itu semua palsu.

Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. Bagaimana dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu salah siapa? Kenapa kita kena siasat mereka itu?

Kita sebenarnya hipokrit paling besar dan paling layak dimasukan ke dalam neraka jahanam kerana sifat bermuka-muka kita.

Tetapi kalau kita mahu memilih syurga, maka kita perlu beri keadilan kepada diri kita sendiri. Hentikan kepura-puraan kita. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kita tidak perlu menjatuh hukum tetapi kita perlu berlaku adil.

Sumber

5 comments:

  1. pemimpin2 pembangkang yg bergelumang dgn skandal sex tu..kita semua maklum mereka2 ni semuanya bermuka tembok..tak tau malu..tak ada maruah ...tu pasal dia org buat bodo je...apatah lagi ramai penyokong2 mereka yg bebal masih taat setia kpd mereka....tak ada undang2 yg boleh suruh mereka melingkup...sama2 la kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk kpd pengikut2 totok mereka..kalau tak kita nengok je le...

    ReplyDelete
  2. Kan gua dah cakap, dari dulu lagi Parti2 pembangkang adalah pemimpin yang :
    Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki liwat, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki simpan pompuan, kaki hipokrit, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki bermuka-muka, kaki tiada muka, kaki menyamar, kaki rasuah, kaki songlap duit derma rakyat, kaki ugut, kaki himpun, kaki merusuh, kaki provoksasi, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki pluralisme, kaki liberalisme, kaki sosialisme, kaki cauvanis, kaki rasist, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki nepotisme, kaki kronisme, kaki fitnah, Kaki Tikam Belakang, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki aiskrim, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki hipokrit, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki takbur, kaki khawarij, kaki wahhabi, kaki muktazilah, kaki asobiyyah, kaki syiah, kaki maki, kaki pak turut, kaki angguk, kaki hamun, kaki sumbang mahram, kaki suruh murtad, dan akhir sekali kaki sokong Khalimah ALLAH di gunapakai oleh agama lain, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri. HARAM….HARAM...HARAM UNDI PR.

    ReplyDelete
  3. Allah dah kumpulkan puak-puak yang tak mahu tembelang mereka diketahui rakyat ini dalam kumpulan yg sama. PR yg disangjung rakyat selama ini hanya bertopeng kebaikan saja. Rakyat tertipu habis dengan kealiman mereka. Tunggu balasan dari Allah. Akhir zaman nie yang haram nampak halal yang halal nampak haram, Ya Allah kau musnahkanlah kaum-kaum yg berniat jahat nie.....Amin

    ReplyDelete