Tuesday, February 12, 2013

Hot News!!!Pakatan Rakyat Berpecah?? Tiada Foto Anwar Dalam Banner Ceramah PAS!!!



Seorang pengunjung laman ini dari Bangi, Selangor mengirim satu foto banner ceramah Pas terkini yang didakwanya sebagai ‘anih’ kerana berbeza dengan banner-banner ceramah pakatan pembangkang sebelum ini.

Menurutnya, dalam kebanyakan ceramah politik Pas sebelum ini selalunya salah seorang wakil daripada parti kompenan sama ada PKR dan DAP akan dimasukkan sebagai salah seorang penceramah untuk membuktikan semangat setiakawan pakatan.

Namun dengan ketiadaan mana-mana wakil dari parti kompenan, pengirim tidak menolak kemungkinan ia adalah manifestasi penolakan akar umbi Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pas kini seolah-olah mahu berkempen bersendirian. Dianjur partinya secara bersendirian, tanpa menjemput wakil dari parti kompenan.-ANWARAIDC

“Mungkin banner itu simbol protes akar umbi Pas terhadap Anwar dan sekutunya DAP yang telah menikam belakang Pas dalam isu kalimah Allah,”kata pengirim tersebut.

Dalam banner itu tertera nama penceramah tokoh Pas, iaitu Mohamad Sabu, YB Dr Shafie Abu Bakar, Ustaz Shafie Ngah, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Iwan.

Ceramah anjuran JPRU Sg. Ramal Luar dan Pas kawasan Serdang itu diadakan semalam, 10 Februari (Ahad) di Taman Ramal Indah.

1 comment:

  1. tiga minit je berceramah mengenai maulidurrasul lepas tu pasti akan keluar ceramah memaki, fitnah biasa la ceramah politik.. lebih2 lagi simat tu... itu je kepakaran dia bila berceramah...

    ReplyDelete