Tuesday, April 2, 2013

Yuktes Vijay:Datuk Yusof Bukan Peguam Anwar



Bekas Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes melanggar undang-undang semasa perhimpunan Bersih 3.0, kata Yuktes Vijay, dan menagaskan peguam Ketua Umum PKR untuk kes tersebut adalah Karpal Singh.

“Datuk Yussof bukan peguam Anwar, “tegas Yuktes apabila dihubungi berkaitan dengan pendedahan terbaru di twitternya hari ini.

Ketika ditanya, kenapa Anwar sering mewar-warkan bekas Peguamcara II itu menjadi peguamnya, Yuktes berkata itu adalah cara Anwar memanipulasikan nama Datuk Mohd Yusof untuk mendapat keuntungan politik peribadi.

“Hakikatnya, awalnya Anwar mahu Datuk Yusof menjadi salah seorang peguam belanya, namun Karpal tidak bersetuju.

“Karpal tidak suka kepada Datuk Yusof dan Anwar pula takut kepada Karpal. Itulah realitinya,”katanya.

Menurutnya, kerana Anwar masih mahu ‘menggunakan nama dan khidmat’ Yusof, maka bekas Peguamcara II itu dipindahkan menjadi peguam bela kepada Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) kononnya sebagai membantu kerja berpasukan.

“Tidak ada kerja berpasukan. Masing-masing yang dituduh untuk kes itu mempunyai peguam mereka yang tersendiri.

“Ketika itu, Chegu Bard juga sudah ada peguam iaitu R. Sivarasa dan N Surendran. Sekarang dikompromi seorang lagi peguam Datuk Yusof.

“Macam mana seorang peguam senior seperti Datuk Yusof membela orang kecil seperti Chegu Bard. Sepatutnya Datuk Yusof jadi peguam Anwar dan bukannya Chegu Bard,”katanya lagi.

Menurutnya lagi, sejak ‘perbalahan’ Karpal-Yusof, jarang bekas Peguamcara II hadir ke mahkamah, walaupun kes BERSIH 3.0 sudah dibicarakan.

“Ini semua permainan persepsi Anwar untuk mengelirukan orang ramai nak tunjuk Datuk Yusof telah berpihak kepadanya.

“Tetapi kena rujuk bukti dan rekod di mahkamah. Berapa kali Datuk Yusof hadir. Kenapa media tidak laporkan tentang Datuk Yusof, meskipun kes itu telah dibicarakan ?,” katanya lagi

1 comment:

  1. memang keja dia putarbelit fakta.. ANWAR= bapa segala putarbelit

    ReplyDelete