Saturday, October 29, 2011

Pas Kini Mengalami Krisis Identiti!!


Ahli Parlimen kubang Pasu,Datuk Mohd Johari Baharom menyuarakan ketidakpuasti terhadap perjuangan Pas yang tidak kosisten untuk menubuhkan sebuah negara Islam apabila dilihat tidak berani bersuara menangani isu-isu hukum hudud dan murtad.

Beliau berkata parti itu sanggup diperalatkan DAP dan PKR semata-mata untuk kepentingan politik dan ini menimbulkan tanda tanya sama ada PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam atau sekadar mengikut telunjuk pembangkang yang lain.

"PAS sekarang dilihat terlalu terdesak sehingga membangkitkan isu-isu lama seperti hukum hudud realitinya Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan sekarang kerana ia memerlukan pandangan ulama-ulama golongan pakar dalam perundangan Islam dan pandangan dari bukan Islam," katanya.

"Kenapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan selepas berjaya menawan negeri berkenaan untuk sekian lama?

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh pada 24 Sept lalu yang menyifatkan Nik Aziz sebagai orang tua yang inginkan perhatian berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan jelas menunjukkan PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama dalam pakatan pembangkang,katanya.

0 comments:

Post a Comment