Wednesday, March 14, 2012

Ekslusif - UMNO Selangor ada bukti !!!!


UMNO Selangor mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan hubungannya dengan beberapa pihak termasuk golongan neo konservatif Yahudi dalam usaha menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, bukti yang diperoleh sudah disahkan kesahihannya melalui sumber dalaman PKR dan hasil risikan UMNO sendiri.

Katanya, antaranya surat yang dihantar Anwar kepada bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, ahli kongres dan senator negara berkenaan, ahli politik negara Eropah dan pemimpin Bank Dunia.
Mohd Zin berkata, pihaknya juga berjaya memperoleh beberapa modul yang digunakan pada pilihan raya termasuk pilihan raya kecil terdahulu yang disediakan badan asing.

“Sebuah yayasan yang beroperasi di Jerman mempunyai hubungan dengan golongan neo konservatif Yahudi di Amerika Syarikat menyerap ke Malaysia melalui cabangnya di Asia dengan menggunakan landasan dialog politik, sejak 1990-an lagi.

“Peranan utama yayasan itu lebih kepada sumbangan dana dan latihan modal insan. Ia dipercayai menerima dana daripada sebuah lagi badan tidak berkepentingan kewangan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, yang juga mempunyai hubungan dengan Anwar.

“Satu cabang badan tidak berkepentingan kewangan berkenaan yang juga terbabit secara langsung membantu Anwar dari segi dana dan idea selain yayasan berkenaan, sebuah badan pemikir yang turut menyediakan manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan seterusnya menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mohd Zin berkata, manual yang dinamakan buku panduan perancangan kempen politik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia.

Katanya, antara kandungan manual itu termasuk menyebarkan dakyah bahawa Malaysia tiada kebebasan media dan kebebasan beragama.

0 comments:

Post a Comment