Tuesday, January 31, 2012

Panas.........Umi Hafilda dedahkan kegiatan seks Anwar



Renung2 kn...

Sebab Mengapa Pemimpin Pakatan Haram Takut Hadi Awang Undur Diri Kini Diketahui !!


Nik Aziz tidak bersetuju dengan keputusan Hadi Awang untuk mengundur diri dalam PRU13.

Rata-rata pemimpin PAS (Mahfuz Bean, Din Puduraya dan Mahfuz Jamnapari serta pengikut masing-masing mungkin terkecuali) juga tidak bersetuju Hadi Awang mengundur diri.

Bahkan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sendiri turut tidak bersetuju dan amat membantah hasrat presiden PAS berkenaan.

Mengapa mereka-mereka ini tidak bersetuju?

Jawapannya mudah....

Mereka tahu, PAS yang sudah semakin lemah dan separuh hancur akan menjadi bertambah hancur lebur jika Mat Sabu yang agak tiga suku dan bodoh-bodoh alang perangainya mengepalai PAS sebagai pemangku presiden. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang buruk kepada PKR dan DAP yang selama ini menumpang kekuatan jentera PAS.


Aduhai malangnya nasib Mat Sabu.........rakan-rakan sendiri tak yakin dia boleh memimpin PAS.

psst: Ada khabar-khabar angin yang mengatakan Mat Sabu telah diarahkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Haprak untuk menutup mulut dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Itu sebabnya dia jarang buka mulut kebelakangan ini.

Monday, January 30, 2012

Panas : Ketua Pemuda Pas Melakukan 'Tentangan' Terhadap Anwar ???


Kalau Ostad Zizan, MB Kedah tu disuruh letak jawatan dan join BN sebab nak guna AUKU di KUIN oleh Aziz Bari, siapa agaknya nak suruh Ketua Pemuda PAS, Hassan Tantawi join BN pulak? Cepatla..cepatla heheheh...

Kenapa? Ni baca la kat bawah ni..



Berani betol si Nasrudin ni kritik ANUGERAH TUHAN dan 'IMAM MAHADI PKR' ni....? Dia kata Anwar iktiraf gaya hidup gay ke? Dia ni dah lama jadi ahli PAS ke? Heheheh...

Friday, January 27, 2012

Chegu Bard 'Terkedu' Tak Dapat Jawab Soalan Penduduk Jln Kebun ??!!!

Woi Bard !! Tolong Jawab Soalan Penduduk Jln Kebun ni !!!

Anwar Lantik Pakar Forensik Antarabangsa Untuk Buktikan Video China Doll Bukan Dirinya ??!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar. UM

Thursday, January 26, 2012

Terkini : Penghakiman Bertulis Belum Siap??Putar Belit Terbaru Rayuan Saiful??


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Januari lalu, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Karpal berkata, PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya, PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," kata beliau.

Karpal berkata, mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.


Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Wednesday, January 25, 2012

Hassan Ali Bantai 'Lagi'..Bila Ahli2 Pas Nak Sedar???


SURAT MENARIK DARI HASSAN ALI UNTUK PAS YANG PERLU DIBACA!

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan. Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.

Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.

Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan. Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.

Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.

Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

YB DATO' DR. HASAN ALI ADUN
Gombak Setia

Friday, January 20, 2012

DS Najib Turun Ke Wangsa Maju

20 Januari 2012-Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah datang ke Wangsa Maju bagi menjayakan program Sepagi Bersama Perdana Menteri yang bertempat di Pentas Budaya,Kg Puah Lembah,Wangsa Maju.

Program Yang bermula pada jam 9 pagi itu telah menyaksikan kira-kira 3000 penduduk di wangsa maju menerima sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M).Turut hadir menjayakan program tersebut adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong, Pengerusi BN Wangsa Maju Dato Mohd Shafei Abdullah dan Pengerusi MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look.















Thursday, January 19, 2012

Sedih : Azwan Ali Vs Ummi Hafilda..Akhirnya Berdamai !!

Wednesday, January 18, 2012

Tun M Dah 'Nasihat'..Bila Tuan AG Nak Ambil Tindakan ???



KUALA LUMPUR: Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. -BERNAMA


Tuesday, January 17, 2012

Lagi Pembohongan Anwar Ibrahim Menfitnah DS Najib Didedahkan !!!



Video di atas menunjukkan 'muka orang macam Anwar' sedang berbohong di hadapan khalayak ramai. Mungkin 'muka macam Anwar' tu ingat semua orang boleh telan apa yang dia cakap tanpa usul periksa.

Hanya pencacai Pakatan Haram saja yang percaya dengan 'muka macam Anwar' ini. Rakyat Malaysia rasanya lebih bijak daripada pencacai Pakatan semua.

Susah nak kata yang sedang bercakap ni Anwar, takut pencacai Pakatan tak percaya pulak. Ala.. dorang mana nak percaya dengan bukti-bukti 'besi'(video) ni.

Tambahan pulak yang kat atas tu, muka macam Anwar, tapi kukunya bukan, giginya bukan, muka sebijik Anwar, tapi bulu hidung ada lain sikit. arrhh.. bukan kot..




Kalau tak percaya juga boleh klik saja ke SINI

psst : sebenarnya 'jeles' la tu Obama X Telepon die..wakakaka...

Monday, January 16, 2012

Dedah: Pembohongan Mahasiswa Pro Pembangkang Didedahkan !!!

Friday, January 13, 2012

Azmin Cakap:"Kepala Otak Kau"...Tun M Jawab:"Terima Kasih"


Tindakan Azmin Ali yang berkata kepada Tun Mahathir sebagai ' Kepala Otak Kau ' dalam ceramahnya di P.Pinang memang cukup biaDAP dan kurang ajar . Mulut puaKA Azmin tidak ubah seperti Anwar yang pernah juga berkata "Kepala Bapa ".

Di bawah ini ialah jawapan Tun M terhadap ungkapan biadap seorang insan yang pernah ditatang seperti minyak yang penuh suatu ketika dahulu .

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.

Thursday, January 12, 2012

Dedah : Muslimat Pas Sesat!! Guna Irama Gereja !!

tu lah die..bile dah taksub sgt..setan dan iblis dah menguasai diri..mula hilang pertimbangan diri..ape yg aku nk bangkit kan sini adalah..igt tak video muslimat pas meroyan xtentu pasal tu..msti korg agak pelik dgn irama dorg kan..xmcm selalu..xmcm demo-demo jalanan taik dorg yg lain kan..

dan korg nk tau irama tu adalah irama yg sama dgn lagu GEREJA!! xpercaya..jom kite bandingkan...

ni video lagu gereja tu..


dan bawah ni pulak video BEROK dapat 'hailer'..

nak tau lagi baca sini..

psst: xkan lepas ni muslimat pas ni nk cakap "ade 'komposer' UMNO suruh pakai irama ni"..

Wednesday, January 11, 2012

Panas : 'Adab' Muslimat Pas Didedahkan

Tak tau lah dorg ni..kate 'muslimat'..tapi anda saksikan sendiri..mereka ini konon nye membawa imej islam..tetapi?? kalo begini perangai nye..xpayah bawak imej islam..tak takut tergolong dalam golongan MUNAFIK???

Tuesday, January 10, 2012

Sah Anwar Pembohong..Tiada Konspirasi Dalam Kes Liwat !!!


1- Kalau benar lah UMNO buat konspirasi untuk menzalimi Anwar dalam kes liwat , tak bebas la hari ini dan menari riang puak-puak taksub Al Juburi ini .

2- Sepatutnya Anwar harus minta maaf kepada parti kerana selama 3 tahun sejak 2008 , beliau sering menuduh kes liwatnya ini adalah konspirasi tertinggi kerajaan UMNO ./ Barisan Nasional . Mana tempat Anwar tak fitnah UMNO ? Sehinggakan di luar negara pun , semuanya beliau bohong dan fitnah bahawa kes liwatnya ini adalaha konspirasi dari parti pemerintah .

3- Selain itu , penyokong-penyokongnya yang bangang pun menerima nasib yang sama dibohongi Anwar semaksimum mungkin .

4-Tetapi bila dibebaskan , adakah Anwar & penyokongnya nak tuduh lagi ini konspirasi UMNO /BN lagi ka ?? Sistem kehakiman seperti ini tak bebas dan telus lagi ke ??



Komen DS Najib Tun Razak yang sering dituduh dan difitnah oleh Anwar sebagai BAPAK Konspirasi Kes Liwat 11 .

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," kata Perdana Menteri.

Najib berkata ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

"Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Komen Tun Dr Mahathir

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun hairan dengan keputusan mahkamah, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.

Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya. - Bernama

Monday, January 9, 2012

Ekslusif : Anwar Dibebaskan..Apa Kata Saiful Bukhari??

kes liwat telah berakhir dgn menyaksikan anwar dibebaskan..ape kata saiful bukhari mengenai keputusan ini..ikutinye di sini..

petikan tulisan saiful bukhari dari blog beliau..

"Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,"

"Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya."

"Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang."

"Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan."

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

"Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini."

"Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah."

"Jika tidak dunia, di Masyar PASTI."

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),

tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri,

dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

"Kepada Allah saya berserah."

"Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi"

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Live : Hakim Putuskan Anwar Tidak Bersalah !!

8 pagi : ucapan provokasi sedang dijalankan.
8.15 pagi : rafizi bagi ucapan. reformasi macam gampang.
8.23 pagi : setakat ini hampir 2 ribu lebih penyokong anwar dah berkumpul.

8.28 pagi : anggaran 2500 orang dah hadir. ceramah sana sini. PELIWAT DAH SAMPAI. BUAT MUKA KESIAN.

8.36 pagi : ucapan provokasi sedang dilakukan. 3 ribu dah hadir menyokong peliwat. keadaan mula bising, polis buat bodoh je !


8.48 pagi : 4000 penyokong peliwat dah berkumpul. anwar nampak kusut wajahnya. penyokong yang bertabur mula berkumpul.

8.54 pagi : anwar dah mula masuk ke dalam kamar. doakan moga dia tewas ! hadi awang dah masuk bangunan.

9.19 pagi : anwar dah masuk dalam kamar mahkamah. doakanlah kemenangan untuk saiful !

9.30 pagi : ANWAR BEBAS
9.35 pagi : mahkamah jelas bukan anjing umno !??!

jelas konspirasi tiada seperti yang dituduh oleh anwar !
jelas mahkamah ini bukan anjing umno

Friday, January 6, 2012

Terkini : Muka Anwar 'Berseri' Menjelang 9 Jan ??

apa yang aku nk kongsikan di sini adalah..berikut adalah gambar terbaru Anwar Ibrahim Dan Saiful Bukhari..

-
-
-
-
-

Apa komen anda??

100,000 Penyokong Pon Tidak Akan Mampu Melawan Kuasa Allah Yg Satu !!!


Thursday, January 5, 2012

Komen Ust Fathul Bari Tentang ' Imam Mahdi '

Komen Ustaz Fathul Bari tentang isu Badrul Amin yg Meng'Imam Mahdi' kan Anwar Ibrahim..

Wednesday, January 4, 2012

Terkini : Bukti Baru Mahasiswa 'Dibelasah' Polis ??


Pelbagai versi telah kita dengar, Daripada nazak ke koma, patah tulang pipi ke patah tulang rusuk ke patah gigi geraham. Jika anda tidak hati-hati, anda mungkin boleh percaya dengan penipuan demi penipuan yang dibuat oleh mahasiswa ini hanya untuk meraih simpati rakyat terhadap mereka...Ikuti pendedahan yang dibuat oleh blogger Dr MiM mengenai laporan perubatan kedua-dua mahasewel ini..


2. Kita menunggu laporan perubatan yang sahih tentang kecederaan Safwan Anang dan juga Amar Rasyidi yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

3. Facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah menyebarkan foto Amar Rasyidi di bawah sebagai 'bukti dibelasah dan dipukul sehingga tenat'.

4. Apabila MiM teliti foto di bawah, terdapat unsur-unsur pembohongan yang cuba diputarbelitkan oleh jentera pro-pembangkang.

5. Bagi orang biasa, mereka mungkin boleh tertipu dengan propaganda tersebut tetapi bukan semua.

6. Sebagai seorang doktor perubatan, MiM ingin terangkan bahawa luka atau laceration yang telah dijahit itu merupakan luka yang lurus dan bersih.

7. Dan hanya satu cara sahaja luka itu dihasilkan iaitu sesuatu yang tajam seperti pisau atau kaca.


8. Dan kita pun tahu bahawa terdapat insiden di mana perusuh telah merempuh pintu kaca klinik yang berhampiran.

9. MiM lebih percaya jika perusuh haram ini tercedera dek gelas yang pecah itu daripada dakwaan 'disepak terajang oleh pihak polis'

10. Gengaman tangan atau lutut tidak mungkin menghasilkan luka yang lurus dan licin seperti di atas! Ia akan hanya menghasilkan blunt trauma.

11. Selain daripada itu, beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang melaporkan kecederaan Safwan Anang yang berlainan versi BACA SINI danberkemungkinan besar menokok tambah cerita untuk menimbulkan rasa marah pembaca.

12. Selain daripada aksi berkerusi roda di Balai Polis Dang Wangi, foto di bawah adalah contoh kecederaan perusuh haram itu yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

13. Yang kelihatan ialah sedikit abrasion di bahagian dalam bibir beliau. Itu sahaja?

14. Secara logiknya, jika anda dibelasah dan diterajang oleh sekumpulan orang, apakah anda akan luka sedikit sahaja di bahagian bibir?

15. Sudah tentu tidak! Anda akan dapat cop lebam hasil daripada tumbukan atau terajang.

16. So, bagaimana boleh luka di dalam bibir sahaja tanpa lebam, abrasion atau laceration di kawasan luar bibir ? Sudah tentu tidak masuk akal.

17. Yang logiknya ialah si perusuh haram itu tergigit bibirnya mungkin semasa terjatuh atau terhantuk.

18. Ditumbuk? Tiada lebam yang signifikan di muka Safwan Anang!

19. MiM tidak dapat melaporkan kecederaan yang lain kerana tiada foto lain. Tetapi lumrahnya, sesiapa pun akan menunjukkan kecederaan yang paling teruk kepada umum untuk mendapat simpati.

20. Maka MiM anggap yang di atas adalah yang 'paling teruk'. Bodohlah jika kedua-dua perusuh haram itu tidak menunjukkan kecederaan tersebut, jika ada.

21.. Dua foto di atas jelas menunjukkan bahawa facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah sengaja menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan Amar Rasyidi semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik pihak polis!!

TQ DR MiM...