Thursday, March 22, 2012

MasyaAllah..Timb YDP PAS Kuala Lumpur Berdoa Dalam Tokong ???

Ishak Surin, 75,

Unsur-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.

Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.

Ishak Surin membaca doa

Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.

Ishak Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Banda Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.


Terus Baca Di Sini


psst: Xkan nk ckp ni pon konspirasi?? ataupon org UMNO edit gambar ni??

4 comments:

  1. Dibolehkan berdoa di ruah ibadah agam lain dengan berhujjah antaranya dengan perbuatan ibn 'Abbas solat di dalam gereja yang tidak mempunyai gambar (sahih bukhari, abwaab al masaajid)

    'Mengikut pensyarah hadith ini, solat ibn 'Abbas berlaku kerana mahu mengelakkan hujan. (dan bukannya suka-suka seperti orang yang pergi melancong ke tempat syirik dsbgnya)

    Perbuatan sahabat Nabi saw masuk ke gereja semuanya kerana ada perkara rasmi seperti jemputan pemimpin besar dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Abu Musa al-Ash'ari dan 'Umar ibn' Abdulaziz sembahyang di sebuah gereja. Ash-Sha `abi,` Ata, dan Ibn Sireen tidak melihat apa-apa yang salah dengan sembahyang di sebuah gereja [jika seseorang kebetulan berada di sebuah gereja pada masa yang solah]. Al-Bukhari berkata: "Ibn Abbas (radiyallāhu` anhu) akan berdoa di gereja-gereja [di bawah keadaan luar biasa] kecuali bagi mereka dengan patung-patung atau arca. "Umat Islam dari Najran menulis surat kepada Umar (radiyallāhu` anhu) berkata bahawa mereka mendapati tiada meletakkan bersih atau lebih baik berdoa dalam daripada sebuah gereja. Umar (radiyallāhu `anhu) menulis surat kepada mereka:" Taburkan dengan air dan daun dan berdoa di dalamnya "Menurut Hanafi dan iaitu sekolah Shafi`, ia tidak suka untuk berdoa di tempat-tempat itu secara umum.

    ReplyDelete
  3. salah ke tak dia berdoa dlm tokong?,kat luar tokong takleh berdoa ke,dlm dewan takleh ke?benda salah tetap salah jgn guna dalil nak mengahalalkan cara,dah la umat islam lani pun dah keliru,jangan la pulak puak2 yg kata islam ni menambahkan kekeliruan org islam yg lain

    ReplyDelete
  4. Yg membaca doa tersebut ialah Cikgu Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu. Dia membaca doa utk menyelamatkan kawasan2 warisan sejarah di KL termasuklah Kampung Baru, Jalan Sultan dan memana sahaja drpd dijarah oleh mereka yg rakus yg berlindung di sebalik nama "pembangunan" bersempena dengan himpunan para aktivis "Selamatkan Kawasan Warisan". Sewaktu dia membaca doa, yg mengaminkan ialah org2 Islam yg turut hadir ketika dan tok2 sami serta paderi kristian yg turut ada kat situ just menunjukkan isyarat doa mereka juga sebagai tanda menyetujui doa yg dibacakan oleh Cikgu Ishak. Sebelum itu, semua pihak yg datang dan terlibat dari pelbagai kaum termasuklah paderi kristian dan sami buddha itu turut membaca doa mengikut kepercayaan masing2 yg mana kandungannya adalah sama - untuk menyelamatkan kawasan warisan tersebut, dan doa2 depa turut dihormati oleh delegasi PAS sebagai tanda muhibbah. Kita tak aminkan doa si kafir tau. Lanjut tgk site ni http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/menyanggah-fitnah-baca-doa-dalam-tokong.html

    ReplyDelete