Monday, June 11, 2012

Dato Mohd Shafei Abdullah Menyempurnakan Majlis Penutup Program "Jom Ke Masjid"


Dato Shafei Abdullah (Pengerusi Barisan Nasional / Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ) malam tadi menyempurnakan majlis penutup Program Jom Ke Masjid di Masjid Zaid Bin Haritah di Gombak.

Program Jom Ke Masjid yang sudah berlangsung selama 2 hari itu telah mendapat sambutan tidak kira tua ataupun muda. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan badminton , congkak , ping pong dan sukan rakyat pada hari sabtu, dan pada hari ahad pula diadakan peraduan mewarna bagi kanak kanak, dart, carrom, peraduan memasak dan mengubah bunga , pameran oleh agensi kerajaan serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Karnival jom ke masjid ini amat mendapat sambutan terutama daripada belia - belia kerana program ini dapat mendekatkan diri antara golongan muda dan masjid . Tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej multimedia , Jln Semarak yang juga sudi meluangkan masa bersama dengan kariah masjid. Terima kasih diucapkan.

Dan semalam, selepas solat magrib diadakan juga ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Bin Abd Malek ( Tanyalah Ustaz TV9 ).





Kepada warga emas tidak lupa diberikan sumbangan yang disampaikan oleh Dato Shafei Abdullah sendiri kepada yang memerlukan. Beliau juga berjanji akan menolong golongan yang memerlukan bantuan darinya. InsyaAllah.



Kami dari bn4wangsamaju juga mengucapkan terima kasih kepada warga Parlimen Wangsa Maju kerana memberi sokongan anda sepenuh hati kepada pemimpin berjiwa rakyat ini.

Klik Disini

TERIMA KASIH DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

0 comments:

Post a Comment