Tuesday, June 5, 2012

Hot News !!! PAS Dan PKR Akan Berebut Kerusi Di Wangsa Maju ???


Pertelingkahan dan perebutan kerusi kini telah merebak ke Wangsa Maju apabila PAS Wilayah Persekutuan menegaskan mereka akan menuntut kerusi parlimen itu pada PRU-13 akan datang.

Pada penulis ini merupakan tamparan hebat kepada PKR kerana selama 3 Kali PRU sebelum ini pihak pembangkang telah meletakkan calon PKR untuk kerusi ini.


Kenyataan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang dipetik daripada laman rasmi pas.org.my juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak meyakini PKR Wangsa Maju kerana calon PKR sebelum ini telah bertindak keluar parti iaitu YB Wee Chee Keong dan akan menjadikan isu utama dalam muktamar Pas Wilayah.


Kenyataan itu juga menyebut PKR Wangsa Maju kini telah berpecah akibat dari tindakan keluar parti tersebut.


Pas Wilayah juga turut mengakui tidak mempunyai Pusat Khidmat Masyarakat PAS di Parlimen Wangsa Maju dan baru merancang untuk membuka nya sebagai strategi persediaan mereka untuk bertanding di Wangsa Maju.

PKR Wangsa Maju kini juga telah mengenalkan bakal calon mereka iaitu Dr Tan Kee Kwong


Dr Tan kini dilihat sedang 'sibuk berkempen untuk masyarakat di wangsa maju'..antara gambar kempen Dr Tan di wangsa maju...gambar di bawah di ambil ketika majlis makan malam anjuran tokong dewa lan tian ken

oops datang makan je lepas tu cabut!!!

Pesanan penulis : kepada UMNO Wangsa Maju, serta semua parti komponen BN Wangsa Maju..Ayuh kita kerja lebih keras..pastikan kerusi wangsa maju kita tawan kembali!!!

1 comment: