PETALING JAYA 6 Jun – Timbalan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tampil memberikan penjelasan mengenai skandal penjualan rahsia pertahanan negara.
Selain itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak turut mendesak pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memulakan siasatan segera agar mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka keadilan.
“Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara merupakan satu krisis nasional yang perlu diambil tindakan segera.
“Skandal penjualan rahsia pertahanan negara (pembelian Scorpene) kini melangkaui persoalan rasuah penyelewangan dana rakyat malah ia menunjukkan bahawa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak teragak- agak untuk menggadaikan kemerdekaan dan keselamatan negera demi mengumpul kekayaan peribadi,” katanya.
Jelas Azmin, Najib perlu memberI penjelasan terhadap tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini kerana ia merupakan pengkhianatan tahap tertinggi dan berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan.
“Saya ingin mengingatkan beliau (Najib) bahawa penjualan laporan penilaian prestasi Scorpene dan keperluan pertahanan tersebut bermakna negara asing telah mendapat maklumat terperinci strategi pertahanan negara,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Tambah beliau, dengan terdedahnya strategi tersebut, secara tidak langsung telah membuka ruang untuk memanipulasikan kelemahan Scorpene seterusnya membahayakan nyawa prajurit negara yang mengendalikan kapal selam yang sudah beroperasi itu.
Sementara itu Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berpendapat skandal tersebut berpunca dari pemusatan kuasa di tangan menteri.
Menurutnya, dari pengalaman beliau berkhidmat dengan angkatan, salah satu perkara yang harus dikaji serta merta ialah campur tangan dan kuasa menteri yang terlalu besar sehingga melunturkan pendapat panglima-panglima angkatan tentera.
"Pengaruh Menteri dan lantikan politik serta pegawai bukan tentera yang terlalu besar boleh mendatangkan kesan buruk pada strategi dan taktik pertahanan negara, apatah lagi apabila ia bukan bidang kepakaran mereka," katanya.
TQ KLPOS
TQ KLPOS
http://www.youtube.com/watch?v=o2cPV8RMkNg&feature=youtu.be
ReplyDeletemari bersama tonton and share
janji tipu pembangkang
Apa guna berjanji
La.......azmin ali ooooiiiii cuba jangan berlakunlah nak desak itu ini dan mahu mereka terlibat dibawa ke muka pengadilan.....bagaimana dengan hang segala macam tuduhan, segala macam bukti terselak hang jawab pun tidak inikan pula dibawa ke muka pengadilan.....jenis pemimpin beruang macam mana hang ini......jika ada peluang hang nak hentam orang bagilah kat hang bila tiba kat muka hang, hang buat muka tak malu, tak segan sila masih lagi papar wajah/muka hang dikhalayak ramai. Betuilah hang ini didik cukup cukup oleh Kepala peliwat teragung dimalaysia.
ReplyDeleteMuak aku dgn mamat ni...asyik2 umno/bn yg slh..depa mkn ice cream,derhaka dgn mak,jual bini..semua slh umno/bn...bak kta, mereka je la yg btl...lupa pulak sbnrnya siapa yg suka jual n bkl gadai negara ni pd yahudi...lupa ker...tetiba kau nk cerita psl kpl selam pulak..apa ke tak puak kau juga kta kpl selam tu tak blh menyelam...ingat di jakarta...so siapa yg sbnrnya yg cerita kelemahan pertahanan kita..bodohhh....
ReplyDeleteMamat diteruk betulah. Kaki fitnah betul. Sblm ni puak mereka mengatakan kapal selam tu tak boleh selam. Habis rioh sekampung. Bila dah terbukti kapal selam tu boleh menyelam bawa lim guan eng pulak tu, kini dia tabur fitnah najib jual rahsia kapal selam tu pulak. Bila la org mcm ni nak tinggalkan dunia ini. Ya Allah sekiranya hamba mu ini berada dipihak yang benar maka Kau barkatiilah usahanya tapi jika ianya membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia ini dgn fitnah dan tingkahlakunya maka kami mohon kau segeralah ambilnya agar kami terselamat dari fitnahnya.
ReplyDeleteBarua sebenarnya adalah Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab yang banyak skandal semasa pegang jawatan dalam ATM. Hehehe Datuk 25% dah lupa ka...ohh kenangan indah didalam dakapan bercumbuan mesra di Surabaya dulu tu ingat orang boleh lupa ka!!!
ReplyDeleteBiarlah...kubur masing masing...ko ingat ko tu baik sangat ke megat alam gempita?
ReplyDeleteAzmin mangkuk jamban ni cuba nak mengalih perhatian orang daripada isu-isu jamban dia, isu duit dalam bank yang di kongsi songlap bersama bos dia, isu durhaka dia, dan macam-macam isu lagi. Isu bini dia yang talak kelija, luluk lumah, ngoyang kaki, ngoyang badan, ngoyang muntut, oppps... lapat luit juta-juta. Pe hang nak jawap. Jawap lah dulu isu tu. Pe senyap je. Tak de teloq ka.
ReplyDelete