Pakatan pembangkang telah berjaya `mendidik' rakyat untuk mengamalkan sifat jijik dan songsang. Pada pengikut mereka sifat jijik ini adalah yang paling murni dan suci. Mereka menganggap mereka maksum. Mereka bebas dari `dosa' dan tidak terlibat dalam apa jua bentuk salahguna kuasa. Umpamanya jika pemimpin BN mengeluarkan surat sokongan, ia sudah jatuh hukum haram. Sebaliknya, sekiranya pemimpin Pakatan Songsang atau Faekah SETPOL MB Selangor yang melakukannya ia dianggap sebagai sokongan rakyat! Sampai bila membohongi rakyat? Mereka boleh menipu hari ini, esok dan bila-bila masa sekalipun tetapi rakyat tidak akan selama-lamanya tertipu.
Tiga sifat jijik yang `diajar' oleh pemimpin Pakatan pembangkang adalah :
1) Janji Tak Ditepati -
Mereka boleh dan mudah berjanji bulan dan bintang tetapi akhirnya hampas. Mereka memang spesies manusia tebal muka. Menipu dalam berjanji adalah perkara biasa bagi mereka. Menipu dan tidak menepati janji bukanlah satu dosa bagi mereka. Mereka percaya `Nik Aziz' boleh memberi ampun dan menentukan samada mereka berdosa atau sebaliknya!
2) Budi Tidak Dihargai -
Sifat jijik ini ditanamkan dalam sanubari rakyat supaya tidak perlu berterimakasih dan bersyukur dengan nikmat keamanan, ekonomi baik dan kehidupan sejahtera rakyat di Malaysia. Seperti biasa, rakyat cuma diajar supaya bersyukur dan menghargai budi mereka sahaja (tak ada budi apa-apa pun kalau nak kira!).
Tidak menghairankan, ibu bapa yang mengundi BN tidak akan dihargai budi dan kasih sayang mereka sekiranya anak mereka menjadi ahli atau pengikut totok Pakatan pembangkang! Mereka sudah menentukan bahawa merekalah penghuni syurga...manakala pengikut BN akan dicampak ke neraka jahanam. Mereka berani mengkafirkan orang BN yang beragama Islam dan menjatuhkan hukum haram sewenang-wenangnya!
Apakah mereka lebih Islam dari yang lain? Syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t
3) Hutang Tak Bayar -
Pemimpin pembangkang juga mengajar rakyat supaya tidak membayar hutang. Mereka menganggap bahawa kerajaan harus memberi segala-galanya secara percuma. Lidah bercabang mereka ini memang sangat ketara. Mereka sering mendesak kerajaan BN di peringkat Persekutuan supaya memberi itu ini secara percuma dan menabur janji bahawa jika mereka memerintah Malaysia pelbagai benda akan menjadi percuma. Inilah `gula-gula' paling menawan hati rakyat! Bagaimanapun perhatikan di beberapa buah negeri dimana mereka adalah kerajaan negeri yang berkuasa.
Mereka ada sumber kewangan dan ekonomi dimana kerajaan Persekutuan BN tidak langsung mempunyai kuasa terhadapnya. Mengapa tidak menggunakan hasil pendapatan tersebut untuk membayar hutang PTPTN rakyat negeri mereka? Di Selangor mengapa tidak memberikan air percuma sepenuhnya?
0 comments:
Post a Comment