Saturday, June 16, 2012

Program Gemilang Usahawan Di Medan idaman Wangsa Maju

Pada 16 Jun 2012 bermula jam 10.00 pagi satu program telah diadakan iaitu Program Gemilang Usahawan.Program yg dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad(MTEM) ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada para usahawan yang ingin mencari nasihat dan maklumat mengenai cara-cara menguruskan perniagaan mereka.


Program ini telah memilih kawasan di Medan Idaman di Wangsa Maju sebagai destinasi kedua setelah program ini berlangsung dengan jayanya di Pulau Pinang

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Raja Nong Chik yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan turut dihadiri oleh Yang Brbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Pengerusi BN Wangsa Maju merangkap Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.

Turut hadir pada malis ini adalah para pemimpin UMNO Bahagian Wangsa Maju serta pemimpin serta ahli parti komponen BN yang lain.

Dalam Majlis ini juga para pengunjung dapat menyaksikan YB Dato' Raja Nong Chik serta Yang Brbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah tiba dengan menaiki bas.

Berikut Gambar sekitar Majlis







LAGI GAMBAR KLIK DISINI

0 comments:

Post a Comment