Monday, June 4, 2012

Hari Jutaan Belia GAGAL!!???

Berakhirnya Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 27hb Mei lalu menyaksikan bagaimana jutaan belia berkaya dihimpunkan di Putrajaya. Sebanyak seribu acara termasuk pelbagai aktiviti sukan lasak dan ekstrim diadakan untuk para belia.



Bukan setakat acara pentas atau K-Pop sahaja. Tapi biasalah pepuak PAS dan PKR hanya mencari kelemahan dan sasaran mudah untuk melancarkan perang gerak saraf memburukkan HBN 2012. Lagipun soal Halal atau Haram bagi cagcai Pakatan adalah semudah menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan. Kita bukan ulamak dan kita serahkan kepada kebijaksaan para ulamak dan pemimpin bagi memperbetulkan kelemahan jika ada. Untuk apa kita hapuskan HBN hanya kerana mulut jahat para cagcai Pakatan yang mereka sendiri pun diraguiboleh tahu lokasi masjid qariah mereka sendiri?


Kita perlu fikirlah bahawa K-Pop digemari oleh anak-anak muda bukan setakat ceramah lawak jenaka Azhar Idrus sahaja. Lagipun ceramah lawak Azhar Idrus dihadiri oleh muka yang sama sahaja. Bila balik dari ceramah muka yang sama jugak pergi tengok konsert K-POP di HBN 2012. Kelemahan boleh diperbaiki tapi kita kena fikir pula apakah anak-anak muda yang bukan beragama Islam akan turut diharamkan menonton K-Pop? Kita bukan menulis untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama. Kita menulis untuk mengkritik kecetekan ilmu para cagcai Pakatan yang mengkritik berdasarkan kepada kejahilan mereka. Itulah isu yang sebenarnya.


Kelemahan yang ada (itupun sebab pencacai Pakatan kata ada kelemahan.. ha ha ha tapi boleh pakai ke kata cagcai Pakatan yang mereka sendiri pun tak tau baca Al Fatihah dengan tajwid yang betul?) boleh dibaiki. Yakin pihak KBS akan memperbetulkan segala apa yang 'nampak negatif'. Belum pernah lagi dengar mana-mana nak muda Islam yang pergi konsert K-POP kemudian murtad. Kita pernah dengar bahawa anak muda Islam yang hadiri program tazkirah di DUMC terus murtad.



Kita perlu sentiasa ingat HBN adalah sebuah program untuk semua belia Malaysia tak kira apa agama, budaya dan kepercayaan mereka. Haram bagi belia Islam tapi tidak bagi belia bukan Islam. Apa yang jelas hamba tengok bagaimana acara-acara seperti K-Pop itu diasingkan jauh daripada acara-acara lain.

HBN ni banyak membawa manafaat dari kemudaratan. Para belia diraikan dan diberikan peluang untuk membuat pilihan mereka mengikut selera mereka. Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat bukan Islam bukanlah satu perkara mudah hendak mengatakan itu Halal dan ini Haram. Kita kena fikir juga kebijaksaan dalam berdakwah untuk memupuk nilai-nilai moral dan akhlak yang baik bagi seorang belia.

Biarlah HBN diteruskan dengan pembaikan-pembaikan yang difikirkan perlu dan munasabah. Ada banyak lagi acara lain yang tidak melibatkan K-Pop dalam HBN 2012. sendiri mahu fikir lah. HBN bukan bertujuan mahu menjahanamkan minda dan akhlak belia Malaysia. Tapi propaganda pencacai Pakatanlah yang bermatlamat sedemikian.


TQ JAS Salleh

0 comments:

Post a Comment