Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat satu laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz , Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang didakwa wujudnya unsur rasuah.
Menurut Rafizi, beliau yakin dengan pendedahan yang dibuat sebelum ini membuktikan wujud unsur rasuah diantara menteri itu dengan pemimpin Sabah.
"Saya memohon kerjasama SPRM untuk menyiasat apakah wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah diberikan kepada seorang anak menteri oleh si tertuduh yang terlibat di dalam satu kes rasuah berprofil tinggi?," ujarnya kepada pemberita di Ibupejabat SPRM Putrajaya.
Tambahnya lagi, siasatan terhadap wang RM40 juta yang dituduh membabitkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia perlu dibuka semula.
Semalam, Nazri mencabar Rafizi membuat laporan di SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.
Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik Micheal Chia.
Jumaat lalu, Rafizi mengadakan sidang media dan sesi tayangan video di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Walaubagaimanapun tayangan tujuh klip video berkenaan tiada menunjukkan visual anak menteri terbabit.
Sumber
Monday, November 5, 2012
Dah Takda Isu Pakatan Nak Memfitnah Kerajaan Disuruh SPRM Buka Balik Kertas Siasatan
8:00 PM
pakatan rakyat, Rafizi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment