Thursday, November 1, 2012

Treler Jelajah Rakyat PKR Terjunam Di Banting!!! Laknat Allah???



30 Oktober 2012, treler dan kontena Jelajah Rakyat yang merupakan salah satu daripada instrumen Anwar Ibrahim untuk berkempen berada di Banting. Treler dan kontena yang terlakar muka si peliwat tua sedang tersenyum itu, konon-kononnya menjadi ikon yang PKR sedang menguasai Malaysia.

Banting yang berada di Daerah Kuala Langat sedang menyaksikan transformasi yang agak ketara. Sokongan kepada PKR menurun secara drastik dan rata-rata penduduk serta pengundi di sekitar Banting sehinggalah ke Jugra menyatakan kebosanan mereka terhadap para pemimpin PKR yang bukan sahaja kuat berlakon, bahkan merekalah yang paling menyonglap duit rakyat berbanding para pemimpin UMNO yang mereka fitnah dan tohmahkan.

Lori berkenaan telah diparkir di Padang Awam Taman Banting Baru sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat. Yang turut hadir untuk memberikan ceramah menggunakan treler dan kontena berkenaan adalah si peliwat tua sendiri, Anwar Ibrahim, Tony Pua, Abdullah Sani dan Hatta Ramli.

Dan seperti biasalah, apabila membabitkan ceramah Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah yang kedengaran adalah fitnah, caci nista dan pembohongan yang amat ketara. Asbab kepada pembohongan tersebut akhirnya telah menenggelamkan lori dengan muka Anwar Ibrahim tersenyum pada dinding treler kontenanya yang dijadikan sebagai pentas ceramah.

Terus Baca Disini

1 comment:

  1. dah bermacam2 petunjuk dibagi, harap2 semakin ramai yg sedar...

    ReplyDelete