Friday, November 16, 2012

Izzah Bodoh, Bangang..Tak Guna Belajar Tinggi - Tinggi



Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah menerima bahana ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Pada kebiasaannya, perkara sebegini hanya dibiarkan berlalu tanpa memberikan sebarang impak besar seperti yang sering diucapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara.

Mungkin faktor yang disifatkan sebagai kenyataan Anwar di luar negara tanpa boleh dibuktikan kesahihan sumbernya, boleh dianggap dan didakwa sebagai fitnah serta menjatuhkan kredibiliti beliau, walaupun kenyataannya mengenai pluralisme dan hukuman liwat yang dianggap kuno dan ketinggalan zaman mampu membangkitkan amarah umat Islam.

Namun begitu dalam isu membabitkan Nurul Izzah, beliau telah memberikan kenyataan kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja ini boleh ditonton melalui rakaman video di internet dan di laman Youtube. Wajarkah kenyataan beliau juga dianggap sebagai fitnah dan sengaja diadakan atas dasar mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli parlimen dan penganut agama Islam?

Anwar sering menggunakan bahasa yang ditafsirkan sebagai “grey meaning” iaitu suatu kenyataan bermaksud kabur lalu boleh membolosi dakwaan dengan mengatakan “kenyataan saya sudah disalahtafsirkan” mahupun “itu bukan maksud saya sebenarnya”. Namun pengunaan cara yang sama cuba dilakukan oleh Nurul Izzah nyata gagal sama sekali.

Anwar juga sering meletakkan kesalahan kepada pihak yang melaporkan kenyataan beliau sebagai salah ungkapan, berniat jahat, salah lapor dan interpretasi yang tidak tepat. Dalam isu membabitkan ahli parlimen Lembah Pantai ini, benarkah media pro pembangkang juga boleh dianggap sebagai melakukan salah ungkapan, berniat jahat, salah lapor dan interpretasi yang tidak tepat terhadap Nurul Izzah?

Mungkin kebiasaannya, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 sering dijadikan sebagai kambing hitam sebagai cubaan melakukan fitnah serta menjatuhkan kredibiliti kedua-dua ahli parlimen ini. Namun bagaimana pula dengan perihal kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama ini diambil dari portal Malaysiakini malah boleh diambil dari rakaman video di Youtube. Mungkin agak janggal bagi ahli parlimen Lembah Pantai ini untuk mengheret satu pihak sahaja dengan tindakan saman.

Keghairahan Pakatan Rakyat untuk mengejar undi bukan Islam tidak seharusnya mempersendakan agama Islam seperti sampah sarap yang jijik. Mungkin menyedari undi orang Melayu hanya atas sebab dari pengaruh Pas maka Parti Keadilan Rakyat perlu mencuri tumpuan undi dari pengundi bukan Islam lalu mencetuskan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku.

Adakah perkara ini terjadi kerana pembangkang mula menyedari undi orang Melayu sudah kembali bertapak kepada UMNO. Mungkinkah juga penyokong UMNO khususnya, yang merajuk lari meninggalkan UMNO ketika zaman pentadbiran Pak Lah sudah kembali, maka keadaan ini bakal memberikan signal 'tenat' bagi parti-parti pembangkang yang amat bergantung harap kepada isu dan skandal kerajaan bagi meraih undi.

Kelibat beberapa pemimpin Pas yang semakin menjuarai isu kebebasan beragama dan kalimah Allah dikalangan penganut beragama Kristian mempermudahkan penganut Islam seperti Nurul Izzah untuk terus memperdagangkan prinsip agama demi meraih undi dikalangan bukan Islam. Perlumbaan untuk menjadi jaguh dalam meraih undi bukan Islam ini sebenarnya memungkinkan perkara dan dan tingkah laku sebegini berlaku.

Berapa lama lagikah perlu dilakukan "damage control' seperti ini jika kenyataan yang dikeluarkan terlalu banyak menimbulkan persepsi dan kemarahan kepada umat islam. Mengalihkan isu kepada kononnya dakwaan salah laporan dan berniat jahat tidak sepatutnya berlaku kerana bukti rakaman video di Youtube sewaktu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ ini jelas seperti yang dikeluarkan dalam portal pro pembangkang. Rakyat terutamanya umat Islam mungkin tidak mempercayai lagi ini adalah angkara media pro kerajaan dan UMNO khususnya.

Tindakan 'desperate' seperti ini tidak seharusnya berlaku melainkan ianya memerlukan tingkah laku seorang 'desperado'. Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk tidak turut serta dengan kerajaan pusat dalam pembubaran DUN dan Parlimen juga boleh dijadikan kayu pengukur hilangnya keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Namun begitu persoalan yang sering bermain di fikiran umat Islam adalah dimanakah 'locus standi' pihak gereja untuk menganjurkan forum membincangkan isu umat Islam dan agama Islam ini?

0 comments:

Post a Comment