Friday, November 16, 2012

Anwar & Izzah..Ini Satu Peringatan Buat Anda





Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad memberi amaran terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar jangan melakukan tafsiran Al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa berlandaskan ilmu.

Haaaa...Takut tak Izzah buat camni???..
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam terhadap kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Ismail Mina turut menegaskan mereka yang gemar mentafsirkan Al-Quran tanpa ilmu ini sebagai golongan yang sedang menempah kerusi dalam neraka, berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berkenaan pesanan Nabi Muhammad saw terhadap umatnya yang menegah perbuatan tersebut.


Presiden MUAFAKAT ini turut mengecam perbuatan golongan ini sebagai mereka yang tidak pernah takut terhadap Islam namun lebih takut menghadapi situasi kehilangan kuasa untuk menawan sesuatu yang hilang.

"Saya tahu Anwar dan Nurul Izzah bukannya golongan yang benar-benar mempunyai latarbelakang agama yang hebat.

Papa takut Izzah..Jangan buat camtu..waaaaaaa

"Maka kenyataan yang dikeluarkan mereka tentang Islam tidak pernah berlandaskan kepada mana-mana ulama, mufti mahupun Majlis Fatwa," katanya yang juga adalah bekas pengasas bersama penubuhan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) sewaktu bersama dengan Anwar.

Beliau turut menyeru umat Islam agar memandang serius terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan dakyah pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang mampu merosakkan akidah justeru boleh terjerumus menjadi syirik.

"Mereka yang suka memutar belitkan Islam ini hanya berani bercakap dihadapan bukan Islam dan orang Islam yang tidak arif mengenai Islam sebenarnya.

Kalau betul Nurul Izzah kata kenyataannya benar, maka saya mahu beliau bercakap di atas platform dan dihadapan intelektual Islam pula," katanya.-KLPOS

0 comments:

Post a Comment