Thursday, January 31, 2013

Nik Aziz Ditentang Rakyat Lagi!!!



1. Lebih 100 orang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) 'Kesedar' (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) Lebir naik marah dengan sikap Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan kerana menyerahkan geran hak milik hanya kepada 82 peneroka yang didakwa sebagai penyokong dan ahli Pas sahaja.

2. Penduduk berkenaan mengadakan tunjuk perasaan aman dilaluan dimana Nik Aziz dijadualkan lalu bagi menunjukkan bantahan mereka dengan mencemuh campurtangan Nik Aziz dan kerajaan Pas negeri Kelantan.

3. Seperti biasa, juak-juak Nik Aziz yang mendahuluinya berusaha membubarkan tujuk perasaan berkenaan bagi memberikan gambaran baik kepada Nik Aziz supaya MB Kelantan itu terus leka dan beranggapan bahawa dia masih popular dan disenangi rakyat.

4. Menurut temuramah dengan sebahagian dari mereka yang terlibat yang disiarkan sebuah rancangan tv, jelas mereka marah-marah dan menganggap bahawa Nik Aziz telah mempolitikkan isu berkenaan dengan harapan untuk meraih undi menjelang PRU. Mungkin juga Nik Aziz cuba membersihkan 'tangannya' dari isu pemberian tanah kepada DAP yang dirampasnya dari rakyat Kelantan tidak berapa lama dahulu.

5. Kebelakangan ini Pas kelihatan semakin huru-hara dengan masalah dalamannya. Nik Aziz juga kelihatan semakin celaru dan tidak tentu halatuju. Nik Aziz bukan lagi Nik Aziz yang dulu. Nik Aziz sekarang ini adalah berhati DAP. Tingkah laku Nik Aziz juga bukan tingkah laku Pas dahulu lagi, segalanya adalah DAP. Inilah akibat dari bersahabat dengan syaitan.


GUA MUSANG 30 Jan. - Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.

Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan Pas cuba berlagak 'hero' kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.

Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.

"Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini. "Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment