Saturday, January 12, 2013

Harun Taib Buktikan PAS Sembah Allah, Tapi Hamba Tokong

 
Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga.   Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.

Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri.   Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim.

Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit  kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian.   Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.

Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan.  Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO.

Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna?    Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan.  Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya.

2 comments:

  1. ikut pas shirik, pas ajar allah boleh guna dalam bible, dalam bible allah lebih dari satu, jesus,farher,ghost...apa hukum shirik, hadi,ajis jawap lah.

    ReplyDelete
  2. Anon 9:05,ko berpegang pd kitab Bible ke?Kaum Sikh dlm kitab suci mereka mengguna kn kalimah Allah.Di Sabah dn Serawak Bible mereka mengguna kn kalimah Allah.Berapa ramai org Islam yg murtad krn istilah tu?Yg banyak ny murtad kerana cinta dn kefakiran.Apa yg di buat oleh kerajaan utk mengatasi ny?

    ReplyDelete