Wednesday, January 30, 2013

Panas!!!Selepas Nasha, Harun Taib Juga Dijangka Jadi Mangsa!!!




KUALA TERENGGANU: Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani


Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu DatukSeri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.

Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.

Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut?

Sumber

1 comment:

  1. pas yg tinggal sekarang hanya ular mak2, anggok2 geleng2, ular mak yg setia pada dap dan pkr... jual selagi boleh jual, gadai selagi boleh gadai... balasan pasti akan diterima kepada org2 yg bertopengkan islam tapi sebenarnya perosak islam.. kerana undi, politik, putrajaya, agama pun sanggup dilacorkan....

    ReplyDelete