Wednesday, January 9, 2013

Wajib Baca!! 20 Dalil PR Harus Ditolak Di Selangor!!!



20 Dalil mengapa rakyat harus menolak kerajaan Pakatan di Selangor menjadi agenda utama kepada penubuhan sekretariat `Jom Tolak Pakatan’ khususnya di Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, realitinya selepas hampir 5 tahun Selangor diperintah rejim Pakatan DAP, PKR dan PAS, Selangor dibelenggu dengan pelbagai krisis, polenik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.

“Kami sebagai rakyat Selangor sudah serik dengan gelagat, perangai putar alam dan berdalih pemimpin regim pakatan ini. Kami sama sekali menolak kerajaan regim pakatan ini.

Atas kesedaran ini, kami sepakat bersetuju membentuk Sekretariat ‘Jom Tolak Pakatan’, atas inisiatif untuk melahirkan gelombang menolak DAP, PKR dan PAS. Dengan tag line ‘Jom Tolak Pakatan’, dengan disertai oleh gabungan NGO dalam negeri Selangor, gerakan ini akan menjalar ke peringkat akar umbi,” ujarnya kepada media dalam satu sidang media sebentar tadi di sini.

20 dalil yang menjadi agenda utama kempen ‘jom Tolak Pakatan’ ini seperti MANIFESTOGATE di mana pihak pakatan telah gagal menunaikan 31 janji dalam manifesto PRU12 mereka, selain kini berhutang RM2.4B kepada rakyat Selangor.

Selain itu AIRGATE, di masa dalam isu krisis air di Selangor ini, rakyat akan menjadi mangsa, kerana krisis dijangka akan lebih teruk menjelang tahun 2014, tambahan pula Logi Langat 2 bakal dikuburkan kerajaan pakatan yang sombong dan angkuh ini.

“Begitu juga dengan TALAMGATE, pakatan telah gagal, dan kini wujud skandal RM1Bilion semata-mata untuk bailout kroni mereka. Begitu juga dengan PKNSGATE, pihak anak syarikat kerajaan negeri, PKNS telah gagal untuk menyediakan rumah murah untuk rakyat, manakala 5 buah aset PKNS kini telah digadaikan.

YAYASANGATE, asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan akan dirobohkan manakala tanah 20 ekar di Klang milik Yayasan Selangor, dalam senyap-senyap telag dirampas oleh pihak kerajaan negeri.

Dalil-dalil lain seperti PASIRGATE (skandal RM150juta pasir Selangor, UNISELGATE (pakatan gagal mentadbir Universiti Selangor, sebaliknya dijadikan medan politik menyemai benih kebencian di kalangan pelajarnya), REPUBLIKGATE (Rancangan menjadikan Selangor negeri Republik), SAMPAHGATE (masalah sampah gagal diuruskan dengan baik, sehinggakan Ronnie Liu mengatakan bahawa rakyat punya masalah sampah), dan beberapa isu lain akan menjadi agenda utama dalam kempen ‘Jom Tolak Pakatan’ ini,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment