Tuesday, January 29, 2013

Panas!!! Punca Ustaz Nasha Dipecat Diketahui!!!



Apakah salah Nasharudin Mat Isa mengikuti lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza dalam melawat dan bertanya khabar kepada pemimpin dan penduduk Islam Gaza? Takkanlah Najib Razak nak membawa politik tempatan Malaysia UMNO-PAS ke Semenanjung Gaza? Nampak sangat pemikiran sempit pemimpin PAS termasuk Majlis Syura Ulama PAS.

Ramai yang berpendapat pemecatan Nasharaudin daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana tindak tanduknya yang sering mengikuti rombongan Najib Razak melawat Mekah pada September tahun lalu dan terbaru melawat Semenanjung Gaza.

Tindakan PAS mempolitikan lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza disifatkan sebagai suatu yang terkebelakang. Sedangkan, Najib Razak datang ke Gaza dengan membawa imej rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Menurut Najib Razak, selama lawatan ke Gaza mahupun ke Mekah sebelum ini, tiada sebarang perbincangan mengenai UMNO-PAS terhadap Nasharudin sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai masa depan agama Islam dan umatnya di Malaysia.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, PAS perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

PAS tidak melihat kuman dan virus (DAP) di hadapannya yang secara terang cuba menghancurkan PAS dan Islam, sebaliknya melihat kuman dan virus (UMNO dan BN) jauh di seberang walaupun mempunyai niat suci mempertahankan Islam dan mensejahterakan rakyat.

Sumber

4 comments:

  1. aku sokong ustad nasha keluar drp PAS tapi aku tertanya, kalau ditakdir ustad nasha menang pertahankan timbalan presiden yang lalu, adakah ustad nasha akan menjadi sebagaimana yg kita lihat hari ini??? atau ustad nasha telah kecewa lantaran tidak lagi menjawat jawatan penting dlm parti?

    ReplyDelete
  2. January 29, 2013 at 2:39 PM...tu mmg pertanyaan biase totok2 PAS...citenye kalo sokong pAapispus suci kalo jln seiring ngan umno mmg haram lah kn apa lagi kalo menyokong...tul x?

    ReplyDelete
  3. PAS ceraikan Nasha sebab nak kawin dengan PKR dan bermadukan DAP. Tahniah beb.

    ReplyDelete
  4. hahaha ..... bagus pas. keputusan tepat. biar org kata aper pn. saya percaya untuk pakatan menerintah malaysia org mcm nasha & hassan ali mesti di singkirkan.

    ReplyDelete