Friday, January 4, 2013

Rakyat Lembah Pantai Marah, YB Mereka Hanya Tahu Cari Publisiti Murahan!!



Penduduk Pangsapuri Putra Ria di Lembah Pantai di sini mempersoalkan tindakan anggota Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang mereka dakwa cuba mengambil kesempatan berhubung penyelesaian masalah pembersihan sampah di pangsapuri itu.

Menurut mereka, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman Twitternya bertarikh 21 Dis lalu memaparkan dua gambar mengenai longgokan sampah di situ dan memberi penjelasan seolah-olah beliau yang bertanggungjawab membawa isu itu hingga mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebaliknya, penduduk mendakwa masalah itu diatasi selepas mereka terlebih dahulu membincangkannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Pegawai Masyarakat (Penjaja) Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai, Ramli@Awang Ahmad berkata rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang disifatkan seperti 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.

"Beliau tidak pernah ambil peduli dengan persekitaran dan pembangunan di kawasan perumahan ini, mana mungkin tiba-tiba sahaja beliau menggambarkan telah berusaha membawa kepada pihak bertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap di sini," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Satu gambar pada laman Twitter Nurul Izzah mempamerkan sampah berlonggokan dalam beberapa tong sampah sebelum lawatan beliau ke perumahan itu pada 16 Dis lepas manakala gambar sebelahnya memaparkan tong sampah telah dikosongkan pada 18 Dis selepas lawatan Nurul Izzah ke perumahan itu dengan penjelasan "Kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula membersihkan selepas isu ini dibawa oleh YB Nurul Izzah kepada pihak bertanggungjawab".

Seorang lagi penduduk, Sazmi Mamat, 55, berkata tindakan Nurul Izzah amat tidak wajar dan lebih memberi impak buruk kepada anggota parlimen itu sendiri kerana penduduk di sini lebih mengenali antara satu sama lain setelah mereka menetap di perumahan itu sejak 17 tahun lepas.

"Perumahan ini tidak pernah mempunyai masalah besar sebaliknya kerajaan melalui Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar banyak membantu bukan sahaja menjaga persekitaran bahkan kemudahan dan infrastruktur lain seperti jalan, surau dan sebagainya," katanya.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Apartment Putra Ria, Rokiah Kasim berkata tindakan Nurul Izzah yang memuat turun gambar berkenaan jelas satu penipuan.

"Nurul Izzah memang ada hadir ke kawasan ini pada 17 Dis untuk satu majlisnya di sini, dan ketika itu memang sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah namun kami telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Nong Chik pada 15 Dis, dua hari sebelum kedatangan Nurul Izzah, untuk menyelesaikan masalah sampah itu," katanya.

Apartment Putra Ria yang terletak di Jalan Bangsar, di sini mempunyai tiga blok bangunan yang memuatkan 660 unit kediaman dengan kepadatan penduduk lebih 3,000 orang.
- Bernama

6 comments:

  1. hai abang, adik budak baru belajar. mintak tolong link blog adik ni http://the-papazola.blogspot.com/ terima kasih bang

    ReplyDelete
  2. Jangan marah. Dia dah pakar menipu sejak belajar dengan ayah dia. Paham2 je lah.

    ReplyDelete
  3. apa laa.. yg boleh budak ni buat.. buat kecoh boleh la tapi tanggungjawap hancorr..

    ReplyDelete
  4. Budak ni juga kata melayu boleh murtad sama macam bapa liwat dia.....

    ReplyDelete
  5. Prangai setan macam bapak dia juga..
    Penipu besar dan jenis muka tak malu..

    ReplyDelete
  6. bapak ngko tak seetan tapi kau pulak macam setan. Ko ikut perangai emak ko ke?

    ReplyDelete