Sunday, January 27, 2013

Gempar!! Ustaz Nasha Digugurkan Dari Majlis Syura???



Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

 Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

 Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti

4 comments:

  1. Perseolannya kenapa PAS tak berani nak tendang Nasar keluar dari PAS. Kenapa nak gugurkan sahaja. Kenapa tak buat macam Datuk Dr Hasan Ali, tanpa di beri peluang untuk tunjuk sebab.

    ReplyDelete
  2. Anonymous January 27, 2013 at 10:20 PM

    jawapannya : PRU dah dekat takut sgt dgn pukulan TKO !!!

    ReplyDelete
  3. Pas sedang sedang mengumpulakan kaca-kaca yang tidak berguna dan membuang intan-intan yang amat berharga,kerana tertipu dengan semangat PR yang menjanjikan syurga baru bagi pas.Pas tak sedar yang berada dihadapannya bukan syurga tapi jurang dalam yang akan menjerumuskan Parti itu. Sedarlah pimpinan pas anda sebenarnya tertipu dan kepada ahli-ahli pas sedarlah anda sedang ditipu oleh pemimpin anda sendiri demi untuk keuntungan peribadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar?, org PAS nak sedar?, Pemimpin PAS nak sedar?, mungkin kita boleh berdoa saja, hakikatnya diorg ni yang Tun Mahathir katakan dulu, melayu mudah lupa. Kalau nak sedar dah lama dahhh.. Ni semua atas konsep tahaluf siyasi la ni, taat dan patuh membabi buta, tak tahu hujung pangkal, main balunnnnn je. Kalau anon 1.03am nak tau, ahli PAS ni terdiri daripada manusia yang paling sombong dan angkuh, Hukum di hujung lidah mereka, kunci syurga dia yang pegang, lobang neraka bukan untuk mereka. Nik Aziz kalau masuk UMNO pun tetap mereka tak percaya. Istilah sedar memang tak ada dalam kamus ahli PAS. Yang ada kerajaan UMNO/BN Assobiyah, zalim, rasuah dll. Yang dia benci bukan orang2 kafir, tetapi orang UMNO yang sebangsa, Melayu beragama Islam, yang sama2 pergi ke surau dan masjid, sama2 mengucap 2 kalimah syahadah, dek kerana kununnya UMNO tak berhukum dengan hukum Allah, maka UMNO dituduhnya Kafir. Dengan Kafir Harbi DAP boleh main peluk2, Nabi Muhammad s.a.w ada peluk2 macam tu ke?, tinggi sangatkah hikmah perjuangan kamu Hj Hadi? Tapi bila PAS perintah Terengganu tahun 2004, PAS kata, sebelum ayam jantan berkokok, undang2 Islam akan tertegak di Terengganu, Hancuss! ckp x serupa bikin, boleh percaya ke? ilmu tinggi,tapi tipu, belit, temberang lagi tinggi, Sudah lah PAS, nak kata dulang paku serpih, nak kata orang awak yang berlebih-lebih... sudahlaahhhh.....

      Delete