Wednesday, January 9, 2013

Komen Hasan Ali Bila PAS Benar Bukan Islam Guna Kalimah Allah!!!



Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.

Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya.

Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
8 Januari 2013

5 comments:

  1. Beras JATI dah tak laku ke? Bengong punya PHD...

    ReplyDelete
  2. PAS SEMAKIN MENYESATKAN

    ReplyDelete
  3. Anon 5.13pm ......Begitulah mentaliti pembangkang ....tak dapat berhujah ...maka maki hamun saja yang keluar ... kesian pencacai pembangkang.... masa Hassan Ali dalam PAS ...disanjung, dipuja ... sekarang dicaci maki.... asal tak sokong pembangkang saja dilabel bodoh bangang dan sebagainya tanpa dapat berhujah secara ilmiah .... sekarang siapa yang bangang dan bodoh. Kan dah berbalik kepada yang menuduh ....

    ReplyDelete
  4. membenarkan perkataan allah didalam bible bermakna meletakkan Allah sebagai bapak kepada anak tuhan... jadi siapakah jatuh akidahnya...sila jawab.. biar saya jawab dulu Hadi laknatullah, nik aziz laknatullah dan anwar laknatullah,dan siapa yang menyokong mereka ini bermakna mereka juga meletakkan Allah sbagai bapak kepada anak tuhan seperti di dalam bible....

    ReplyDelete
  5. AKHIRNYA ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA UMUM BAHAWA KALAU DULU HADI MENGKAFIRKAN ORANG UMNO, SEKARANG TANPA DISURUH HADI TELAH MENGKAFIRKAN DIRINYA SENDIRI DAN DENGAN SENDIRINYA PENGIKUT YANG MENYOKONG HADI JUGA SAMA TERJERUMUS KE LEMBAH KEKAFIRAN...

    ReplyDelete