Friday, September 7, 2012

AZHAR IDRUS TOLAK TAWARAN JADI CALON DI TERENGGANU





Keterujaan PAS terhadap ikon terbaru mereka, Azhar Idrus nampaknya tersekat apabila pelawak tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk menolak tawaran PAS bertanding dalam PRU13 nanti.

Walaupun Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut menyatakan bahawa nama Azhar Idrus tidak tersenarai, namun daripada reaksi yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, jelas begitu kecewa kerana Azhar Idrus dikatakan mempunyai potensi untuk menang besar di mana-mana kawasan yang akan ditandinginya.

Sebenarnya tidak kisahlah apa jawapan yang diberikan oleh Azhar Idrus, mahupun Wahid Endut. Secara pasti, PAS Terengganu di sebalik luahan berkobar-kobar kepada penyokong mereka, kononnya mereka akan dapat merampas Terengganu dari tangan UMNO-BN, terserlah ketakutan dan penggantungan harapan mereka kepada populariti seseorang, biarpun orang berkenaan belum pernah menjadi ahli PAS, bahkan tidak pernah bergelumang dan bersusah payah seperti ahli-ahli PAS yang lain.

Azhar Idrus mencapai populariti menerusi siri ceramah-ceramah agamanya. Pendekatan dan penyampaiannya yang penuh lawak, meskipun ada kalanya bersalahan ketika mengeluarkan hukum yang tidak dicermati kerana terlalu bergantung kepada kitab, berjaya meraih perhatian daripada golongan muda.

Kalau dahulu, calon-calon PAS mesti ada title ulama. Bahkan pada 2008, calon-calon PAS mesti berlatarbelakangkan akademik yang kuat dan kukuh, nampaknya pada PRU13 kriteria tersebut sekali lagi diubah. Calon-calon yang akan dipertaruhkan nanti, akan dipastikan mempunyai populariti.

Jadi, jangan berasa mustahil sekiranya Azhar Idrus akan berubah fikiran pada saat-saat akhir!!!

0 comments:

Post a Comment