Wednesday, September 5, 2012

Projek Anwar Berjaya?? Nasharuddin Bakal Dipecat !!!


Nasib yang menimpa Hasan Ali, akan dialami oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Kalau Hasan Ali dahulu, campurtangan dan kata dua daripada Azmin Ali kepada kepimpinan PAS Pusat menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keanggotaannya dan diterajang keluar, kali ini, kekasihnya pula, Anwar Ibrahim yang campur tangan.

Usaha Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan perintah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS agar mempengaruhi Majlis Syura PAS untuk memecat Nasharuddin Mat Isa telah bermula semenjak Nasharuddin Mat Isa dikenalpasti sebagai antara pelopor gagasan Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Nasib Nasharuddin Mat Isa akan ditentukan pada 9 September ini.

Seperti yang diketahui, PAS sememangnya sebuah parti yang sangat lemah dan terlalu bergantung kepada orang luar parti untuk membuat keputusan. Di sebalik tentangan sengit PAS terhadap UMNO, PAS sebenarnya amat mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang berpura-pura berbaik dengan PAS.

Anwar amat menyedari hal itu. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, apa yang tidak dikatakannya kepada PAS dan para pemimpinnya. Malah gelaran Ulama Terompah Kayu yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang, sehingga kini kekal dan lekat di bibirnya, sekalipun di hadapan mereka, Anwar berpura-pura bagaikan telah bertaubat nasuha.

Usaha Anwar untuk memecahbelahkan PAS ketika dia masih di dalam UMNO gagal sungguhpun dia berjaya menghancurkan Al-Arqam yang dilihat mengenepikan pengaruh ABIM yang pernah dipimpinnya. Justeru apabila berada di luar UMNO, Anwar menggunakan kesempatan PAS yang sememangnya terdesak untuk mendapatkan faktor WOW, bagi memastikan PAS juga berada di bawah telapak kakinya.

Campurtangan Anwar Ibrahim dalam kepimpinan PAS dapat dilihat menerusi pertandingan jawatan yang menyaksikan, ramai tokoh-tokoh yang secara konsisten menentang dan membencinya, disingkirkan dari tampuk kepimpinan. Salah seorang daripada mereka adalah Nasharuddin Mat Isa, manakala Mat Sabu biarpun telah mengotorkan imej Anwar dengan gelaran Al-Juburi namun Mat Sabu seperti yang diketahui merupakan pemimpin PAS yang sangat terdesak memandangkan dia mempunyai terlalu banyak skandal, termasuklah dengan isteri kawan baiknya sendiri dalam peristiwa hitam di Bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Meskipun Mat Sabu dibebaskan oleh mahkamah, namun kebebasan tersebut dilihat seperti ada kepincangannya, terutama sekali menerusi keterangan saksi-saksi pendakwa yang tiba-tiba sahaja kebingungan dan sukar mengingati nombor bilik di mana Mat Sabu dan pasangan haramnya ditangkap.

Justeru apabila Mat Sabu beralih sokongan kepada Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Pemilihan lepas membuktikan pengaruh Anwar Ibrahim di dalam PAS amat ketara. Presiden PAS terkapai-kapai bersendirian. Walaupun menerima sokongan daripada Dewan Ulama, namun Dewan Ulama PAS Pusat juga telah berjaya disenyapkan oleh Anwar Ibrahim. Suara Harun Taib tidak mampu menandingi suara Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad, Mat Sabu bahkan Hatta Ramli sekalipun.

Penyegutuan PAS dengan Anwar Ibrahim sebenarnya lebih banyak mendatangkan kerosakan kepada parti itu berbanding memberikan keuntungan. Seorang demi seorang pemimpin PAS yang tegar dengan perjuangan asal PAS, diterajang keluar kerana mereka mengancam kedudukan Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PAS.

Mursyidul Am PAS sebelum ini telah pun memberikan bayangan bahawa dia akan akur dengan kehendak dan perintah Anwar Ibrahim. Presiden PAS yang berseorangan juga, nampaknya tidak ada banyak pilihan melainkan terpaksa tunduk dan patuh dengan Anwar Ibrahim.

Dalam bahasa yang lebih mudah, sekalipun ahli-ahli PAS begitu berbangga dengan jenama Islam pada parti mereka, yang sah dan sahihnya, wala' mereka bukan kepada kepimpinan tetapi kepada Anwar Ibrahim, musuh yang sedang memecah belahkan PAS untuk dijadikan serpihan-serpihan yang tidak lagi mampu mengekang keganasan Anwar Ibrahim

0 comments:

Post a Comment