Friday, September 21, 2012

Komen PM Tentang Isu Filem "Innocence Of Muslims"




Bayangkan dalam masa seminit sudah 127 yang like dan tidak mustahil lebih ramai akan menyukai kenyataan ini berdasarkan jumlah rakan FB PM yang mencecah juta orang.

Sebagai Perdana Menteri sudah tentu beliau berhati-hati membuat kenyataan dan selepas menerima laporan yang lengkap barulah kecaman pedas ini dikeluarkan.

Kita tidak mahu PM terperangkap jerat merosakkan hubungan sesama rakyat berbilang bangsa dan agama dan ternyata sememangnya PM bijak menyusun kata menutur bicara memberitahu pendiriannya dalam isu ini.

Esok juga Pemuda Umno akan membantah dengan aman serentak dengan Pemuda Pas, di Masjid Jamek Kg Baru dan Masjid Tabung Haji Jalan Tun Ab Razak, bukti bagaimana kesatuan umat masih lagi kuat dalam hal berkaitan Nabi Muhammad saw.

Namun jangan sesekali merosak keamanan dengan melanggar undang-undang di dalam menzahirkan kemarahan.

Bijaksana tidak berada di jalanan dan ia melalui saluran dengan kaedah yang cukup berkesan.

Sebarkan pendirian Perdana Menteri ini kepada rakan sekelian. Terima kasih

0 comments:

Post a Comment