Tuesday, September 11, 2012

Ustaz Nasha Kena Buang Dari Majlis SYURA PAS, Betulke???


Akhirnya agenda jahat kumpulan Anwarinas telah gagal setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai korban pertama kumpulan Anwarinas.

Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.

Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan kumpulan Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.- Gerakan Timur

0 comments:

Post a Comment