Saturday, September 22, 2012

DAP SIAL...PAS Harus Ikut Cakap Pemuda UMNO Agar Tak Sesat Lagi!!!

alt
Pemuda Umno memberi saranan kepada Pas untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana tindakan salah satu parti dalam perikatan itu disifatkan sebagai menghina Islam.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pas tidak mendapat sokongan daripada DAP dalam perkara yang melibatkan agama.

"Bila ada orang Islam dan bukan Islam yang ingin berhimpun bagi menunjukkan tanda protes terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, ada individu yang berkata seolah-olah tindakan itu membazir tenaga dan masa.

"Tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak penting. Lebih menyedihkan, apabila kenyataan tersbeut dikeluarkan oleh rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah memahami bahawa Islam merupakan agama persekutuan," katanya ketika berucap pada perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru semalam.

Selanjutnya di sini


0 comments:

Post a Comment