Thursday, November 15, 2012

Akhbar Lidah Rasmi PAS, Harakah Nak Bankrap Dohhh???...




Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.

Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.


"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.

Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.

"Kita juga mendesak PAS Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya.


3 comments:

  1. BIAR AKHBAR HARAKAH TU BERKUBUR PUN TAK APA KERANA ISI CERITANYA PUN HANYA FITNAH DAN HANYA DENGAR CERITA. YANG BETUL HANYA SEDIKIT. TAPI YANG NYATA PARA ULAMA DEWAN PAS PADA MUKTAMAR KALI INI MENJADI SETAN BISU TAK BERANI KOMEN KENYATAAN ANAK IBLIS ITU. APA HAL ULAMA DALAM PAS SEKARANG NI, LEBIH TAKUT ANWAR DARI ALLAH. DIHARAP TUHAN TURUN PETUNJUK PADA PRU KE - 13 INI.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa HARAKAH kena ubah dah...jadikan satu-satunya akhbar iklan khas utk ubat-ubatan seks sudah la...

    Nak buat penulisan, rata2 wartawan2nya sekolah setakat darjah 3 jer. Makna kata hanya boleh menulis dan membaca...tapi langsung tak boleh berfikir. Penulisan pun hanya cedok ikut sesedap rasa..ibarat cerita Pak Pandir.

    Yang 100% tulin hanyalah iklan2 produk tenaga batin jer la...

    Yang ni PAS kena berubah...boleh buat slogan HALALKAN ganti HARAKAH

    ReplyDelete
  3. masyallah...yang buruknya bebrapa kerat individu. tpa ulama2 di keji di caci dihina tnpa ada prsaan bersalah. apekah kerajaan sekarang mngangkt btol2 kesucian islam? fikir lah~

    ReplyDelete