Sunday, September 30, 2012
Bekas Timb Menteri Pulau Pinang Dakwa Anwar Tidak Pernah Suka Kepada PAS??
Bajet PR Yang Tidak Akan Keluar TV3 Dan Utusan
Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.
Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.
Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.
Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.
Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.
Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.
Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.
Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.
Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.
Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.
Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.
Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.
Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.
Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.
Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.
Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.
Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.
Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.
Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?
Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!
Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.
Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.
Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.
Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.
Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti
Saturday, September 29, 2012
Bajet PR Hanya Nampak Menarik Sekali Pandang
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan bajet pakatan pembangkang 2013 yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sekadar menarik jika diteliti dengan 'sekali pandang'.
Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, jika diteliti secara halus, bajet itu akan menjadi satu beban besar kepada negara dan rakyat.
''Mungkin kenyataan saya ini dikatakan politik kerana saya dalam kerajaan. Tetapi yang mustahak adalah analisis pakar-pakar ekonomi tentang apakah bajet tersebut realistik, berdaya tahan atau hanya satu gimik dan tawaran untuk tujuan pilihan raya? Mereka (pembangkang) bukan kerajaan, jadi boleh buat apa-apa tawaran yang disebutkan dalam bajet itu.
''Saya telah dengar banyak komen daripada pakar-pakar ekonomi yang kata itu (bajet pembangkang) tidak realistik. Saya nak quote (petik) apa pakar ekonomi kata. Ada yang bagi komen, kalau beginilah (bajet), negara tak boleh sustain (daya tahan), tak boleh terus berkembang kerana berdepan banyak masalah,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2012 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.
Beliau mengulas pembentangan bajet pakatan pembangkang 2013 oleh Anwar di Parlimen semalam yang antara lain mahu menghapuskan bayaran tol, mengurangkan cukai kenderaan dan harga minyak serta memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Muhyiddin berkata, mengambil contoh ikrar pembangkang mahu menghapuskan bayaran tol, beliau mengajukan persoalan kepada pembangkang tentang bagaimana ia mahu dilaksanakan.
''Mereka tiada asas (hapuskan tol). Implikasinya, mereka kena ambil alih semua konsesi. Kalau kira kos terlibat, tentu berbilion ringgit. Niat baik tapi tak jelaskan caranya. Itu sahaja melibatkan belanja besar kerana konsesi telah diberikan hak mengurus lebuh raya. Kena bayar kos-kos pampasan yang mereka tak sebutkan kepada rakyat berapa nilainya,'' soal beliau.
Begitu juga dengan pemansuhan PTPTN, jelasnya, skim pinjaman itu diwujudkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.
Atas dasar itu, katanya, kerajaan memperuntukkan lebih RM42 bilion yang dapat memberi faedah kepada lebih sejuta penuntut.
''Mungkin bagi mereka yang dapat pinjaman, dengar tawaran pembangkang itu agak menarik. Tetapi apa akan jadi kepada penuntut akan datang? Kalau nak hapuskan PTPTN, tak perlu bayar balik (pinjaman), mana sumber-sumber baru yang kita nak cari untuk biayai penuntut-penuntut baru akan datang,'' katanya.
Oleh yang demikian, tegas Muhyiddin, apa yang penting bagi rakyat adalah bajet sebenar yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.
''Itu lebih utama kerana pembangkang tiada rasa tanggungjawab. Mereka boleh tawar bintang, bulan, matahari, cakerawala tetapi tiada locus standi nak buat begitu. Bagi mereka yang penting adalah untuk mendapatkan political mileage,'' katanya.
Beliau memberitahu, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional, pembentangan bajet adalah mengambil kira semua aspek dan berasaskan kepada asas-asas seperti hasil sumber negara, kawalan kewangan, mengurus bajet secara berhemah serta mengambil kira usaha untuk mengurangkan defisit.
Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan kesudian untuk bersemuka dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2).
''Isu air kita sudah jelaskan dan saya sendiri telah menghantar surat kepada Menteri Besar tentang bagaimana isu itu nak diselesaikan. Berpandukan kepada nasihat Peguam Negara dan kementerian bertanggungjawab, saya telah jawab dan memperincikan satu persatu.
''Semalam, kebetulan saya bertemu dengan Penasihat Ekonomi Selangor (Anwar). Saya telah sampaikan perkara sama dan projek Langat 2 perlu diteruskan. Saya katakan ini bukan soal politik tetapi kepentingan rakyat.
''Beliau kata akan maklumkan kepada Menteri Besar. Keputusan itu saya anggap sebagai satu perkara rasmi kerana kami tak bincang secara santai. Saya anggap itu komitmen beliau,'' katanya
Friday, September 28, 2012
Sumbangan Alat Tulis Kepada Calom PMR/SPM/STPM SMK Seksyen 2 Wangsa Maju
Sumbangan tersebut telah disumbangkan sendiri oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.
Taraf Hidup Rakyat..PM Sangat Ambil Berat...
Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.
"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.
Thursday, September 27, 2012
Hasan Ali:Kenyataan Anwar Di The Scotsman Hina Orang Islam
Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali berkata kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa umat Islam mempunyai ‘masalah jiwa’ dalam media Britain, The Scotsman, dua hari lalu sebagai satu penghinaan.
“Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.
“Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan The Malaysia Insider.
Hasan mengulas rencana wartawan The Scotsman, Eddie Barnes bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia” yang melapor, “Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu masalah jiwa umat Islam..mudah marah dan beremosi.”
Rencana itu juga turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Hasan berkata, kenyataan Anwar yang bersifat penghinaan terhadap umat Islam sebagai cerminan jiwa Ketua Pembangkang itu sendiri.
“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.
Hasan juga berkata kenyataan Anwar itu sama seperti yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter dengan mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.
“Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,” katanya sambil menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadap isu tersebut.
Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai menilai sejauh mana kenyataan Anwar itu menjejaskan aqidah seseorang Muslim atau tidak.
Justeru, Hasan menggesa Anwar memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya itu-ANWARAIDC
Wednesday, September 26, 2012
Dato Shafei Lakukan Tinjauan Walkabout Di Seksyen 2 Wangsa Maju
Tujuan tinjauan ini diadakan adalah untuk mengetahui masalah masyarakat setempat dan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjanji untuk cuba menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Seksyen 2 adalah jalan berlubang, longkang tersumbat dan kesan pokok tumbang yang belum dibersihkan.
Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sebelom itu telah bersarapan di kedai makan di Seksyen 2 sebelum melakukan tinjauan.
Setelah Gagal Isu Lynas, PR Cuba Sabotaj Projek Penapisan Minyak RAPID ???
KUALA LUMPUR, 26 Sept - Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Himpunan Hijau dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub terhadap loji petrokimia adalah palsu dan bertujuan untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN).
Azalina turut melontarkan satu cabaran rasmi kepada Naib Presiden PAS itu untuk berdebat projek loji petrokimia bernilai RM60 bilion yang akan dibangunkan di kawasan Parlimen beliau.
Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) didakwa oleh kumpulan hijau Himpunan Hijau Lestari Pengerang (HHLP) sebagai menjejaskan kehidupan penduduk tempatan serta memusnahkan ekosistem alam semulajadi.
HHLP juga akan menjadikan isu Rapid ini sebagai isu keutamaan negara yang mendapat sokongan penuh dari Naib Presiden Pas itu.
Walaubagaimanapun Azalina menolak kebimbangan yang didakwa beliau direka oleh Naib Presiden Pas dan HHLP sebagai palsu dan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dalam jangka waktu pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir
Terus Baca Di Sini
Hudud: Nasha Gesa Guan Eng Tarik Balik Kenyataan
Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.
Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.
“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.
“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.
Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.
“Jadi saya minta YB Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut (yang mana) bagi saya bercanggah dengan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kerana kita lihat seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini berterusan pendirian untuk tidak menerima oleh pimpinan DAP dan yang terkini oleh Guan Eng yang sekali lagi bercanggah dengan apa yang dikatakan becanggah dengan YB Tok Guru.” ujarnya.
Ini merupakan kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun seperti biasa, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan pihak media dengan mendakwa kemelut antara DAP dan PAS dalam isu berkenaan sengaja disensasikan-ANWARAIDC
Tuesday, September 25, 2012
PKR Pula Dicabar Namakan Kabinet Bayangan!!!
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad hari ini mencabar kepimpinan PKR dan rakan-rakan pakatan menamakan dulu barisan bayangan Kabinet mereka.
Katanya, pemimpin BN sudah berkali-kali mencabar pemimpin utama pakatan pembangkang untuk menamakan barisan Kabinet bayangan tetapi masing-masing cuba melarikan diri daripada menjawab persoalan tersebut.
''Jangan asyik berselindung di bawah permainan politik retorik,'' kata Ahli Parlimen Sepang itu seperti yang dilaporkan dalam The Malaysian Times hari ini.
Beliau diminta mengulas cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor jika UMNO sudah mempunyai formula lengkap untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) kelak.
Baru-baru ini Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO melahirkan keyakinannya bahawa UMNO dan BN sudah bersedia dan bersemangat untuk merampas semula Selangor berdasarkan beberapa isu krtikal yang melanda kerajaan negeri pimpinan PKR.
"PKR dan pakatan semakin tertekan di negeri Selangor ketika ini kerana banyak isu yang melanda saban hari, bermula dari isu sampah, air, Talam gate, pembelian lori sampah serta sistem penyampaian yang lemah,'' katanya.
Beliau berkata, rakyat juga sudah muak dan menyampah dengan perangai mereka yang selalu mengutamakan kepentingan diri dan politik serta terlalu desperado mahu mempertahankan kuasa politik.
''Tekanan tersebut kini mencapai tahap lebih kritikal dan serius sehingga pemimpin PKR sudah hilang tumpuan dan kini muncul dengan satu lagi formula politik kononnya mahu memberikan tekanan kepada BN secara psikologi untuk menamakan bakal Menteri Besar.
''Inilah sikap sebenar mereka yang suka menutup segala kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dengan menggunakan pendekatan politik retorik sedangkan parti mereka sendiri masih membisu daripada menamakan Kabinet bayangan. Kenapa takut?", ujarnya lagi.
Beliau juga memberi amaran kepada PKR supaya tidak mencampuri urusan dalaman UMNO sebaliknya memberi tumpuan menangani permasalahan rakyat di negeri Selangor yang semakin 'tenat' khususnya isu air, masalah sampah serta sistem perkhidmatan yang lain.-UTUSAN
Hot!!! Berita Yang Tidak Disiarkan Di Malaysiakini!!!
IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu. Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.
Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik. ''Kepimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana mereka menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana," kata Solaiman. Ying Hwa dan Solaiman merujuk keputusan DAP negeri mengheret tiga cawangannya di Manjung iaitu Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam tanpa kebenaran.
Pada satu ketika, keadaan tegang memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik mencelah sambil cuba menenangkan keadaan dengan meminta mereka yang terlibat hanya berbahas mengenai isu nasional dan negeri, manakala isu dalaman dibincangkan mengikut saluran parti yang lain. Bagaimanapun usahanya gagal apabila perwakilan terus mengkritik Koo Ham. Seorang perwakilan dari Taman Sejati, Sitiawan turut menjadikan konvensyen itu sebagai medan mengkritik Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Perwakilan tersebut yang tidak memperkenalkan dirinya menyifatkan tindakan Koo Ham itu hanya merosakkan segala usaha selama ini untuk menarik minat orang bukan Cina menyertai DAP. Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelembapan kepimpinan parti untuk meluluskan penubuhan cawangan baru terutama di kawasan bukan 'kem' mereka. ''Mereka bertindak sengaja melewat-lewatkan kelulusan menubuhkan cawangan baru di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka. Ini semua adalah taktik tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya
Sumber-Azlishukri.blogspot.com
Monday, September 24, 2012
PKR Sudah Angkat 'Bendera Putih' Di Selangor ???
SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak.
Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda’ itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.
“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN?
“Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran dibuat Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Suhaila mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada strategi memenangi PRU13, sekali gus merampas Selangor daripada PR.
“Kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Kita hendak kemenangan dulu baru bincang perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB.
“Sesiapa pun (pemimpin BN) boleh menerajui negeri (Selangor) jika kita (BN) menang PRU13 nanti,” katanya.
Menurutnya, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi.
“Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah,” katanya-SINAR
ILMU- UMNO Dan PAS Perlu Bersatu Untuk Laksana Hudud
SHaH ALAM: Umno dan PAS perlu duduk semeja dan mengenepikan urusan politik bagi meneruskan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.Anggota Majlis Syura Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Ahmad Fauzan Yahaya berkata, idea gabungan kedua-dua parti berkenaan merupakan satu usaha yang mantap bagi memartabatkan agama dan mendukung cita-cita murni dalam mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."Kalau nak cerita pasal negara demokrasi, bila PAS nak buat hukum hudud, bekerjasama dengan parti kafir (DAP) dan di sebelah kawannya juga PKR yang ada rojak punya pegangan, idealisme, pluralisme, macam mana kamu nak perjuangkan Islam?
"Kalau benar mereka serius nak perjuangkan Islam, yang terbaik adalah bergabung dengan Umno. Macam Tun Mahathir cakap, kalau betul serius mahu buat, bergabunglah PAS dengan Umno. Jika tidak, ia tidak ke mana, hanya omong kosong," katanya.Ahmad Fauzan selain itu berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini mungkin mengambil masa berikutan kepelbagaian kaum yang harus diberikan kefahaman dan mengambil kira persekitaran yang kondusif."Dan saya secara peribadi mengatakan bahawa hukum hudud mungkin agak jauh lagi memandangkan kita sebuah negara berdemokrasi tapi kita kena tanam cita-cita itu suatu hari nanti Insya-Allah dipermudahkan, berdoa kepada Allah agar hukum ini akan berada di Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa, Persatuan Generasi Bestari Dr Wan Mohd Adam berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang dicemburui oleh negara luar ekoran pelaksanaan sistem ekonomi dan pendidikan yang berlandaskan Islam.Tambahnya lagi, situasi tersebut dilihat sebagai salah satu pemangkin untuk negara kita melaksanakan hukum hudud, cuma masih terdapat fasa-fasa yang perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat kefahaman penuh berkenaan hukum ini."Pelaksanaan hukum hudud ini, kalau kita kata nak laksana, dulu lagi kita boleh laksana, dah lama dah, masa dah tiba, cuma kekangan kita hari ini ialah kefahaman kepada masyarakat.
"Kefahaman itu bukan kefahaman atas ideologi politik, sebab hari ini, yang jadi orang-orang bukan Islam jadi takut dengan hukum hudud kerana kefahaman yang diberikan atas dasar ideologi politik.Apa yang kita tengok yang paling penting hari ini, untuk mendaulatkan lagi, hal ini orang Islam kena bersatu hati, kita letak dekat luar dulu elemen kepartian itu, kita duduk bersama bagi fahamkan orang bukan Islam bahawa hukum hudud ini ialah hukum yang kami kena wajib laksanakan di masa yang sama dia berkaitan dengan kami dan mereka juga ada undang-undang lain," kata beliau.Dalam masa yang sama, untuk melaksanakan hukum hudud, setiap pihak perlu mengambil kira keselesaan dan penerimaan penduduk yang berbilang kaum agar tidak timbul keresahan dan kegusaran terutamanya di kalangan orang bukan Islam.
"Kerajaan patut kumpul cendiakiawan, ilmuan yang hebat-hebat, yang mana mereka ini mengkaji dari segi ilmiah, bagaimakah pelaksanaan hukum hudud, dalam konteks Malaysia," katanya
Sunday, September 23, 2012
Editor Veteran Letak Jawatan Kerana Dana Dari Soros
PETALING JAYA: Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.
"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros," katanya dalam satu temu bual.
Chong menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu bersikap telus selepas menerima wang tersebut.
"Namun saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut mempertahankan ketelusan dan keterbukaan," katanya.
Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya www.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.
Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.
"Pada ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.
"Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini," katanya.
Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.
Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.
"Malah, Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku menerima dana tersebut," katanya.
Chong turut menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan portal berita itu yang mendedahkan bahawa beliau berundur kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji.
"Mereka memutarbelitkan fakta untuk menutup punca sebenar mengapa saya menghantar surat peletakan jawatan," katanya.-Mstar
Hudud Tetap Tidak Dilaksanakan Jika PAS Masih Bersama DAP
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.
Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.
Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.
Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.
Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.
Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.
Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.
Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.
Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.
Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.
Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.
Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.
Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.
Saturday, September 22, 2012
PRU 13 BN Kompom Menang..PAKATAM HARAM PIGI MAMPUS SAMA LU!!!
Berikut adalah fakta-fakta kejadian yang dipercayai mampu mengubah minda dan perasaan lebih 2/3 jumlah pemilih menyatakan kasih-sayang mereka kembali kepada BN pada PRU 13 kelak.
Antara menarik sepanjang bulan September 2012 ini. Bermula dengan onar pada ambang kemerdekaan 31hb Ogos 2011, bendera pengkhianat Republik Sang Saka Malaya dikibarkan oleh sekumpulan anak muda. Disusuli pula dengan ragam keseronokan melampau memijak dan aksi memberakkan gambar DS Najib oleh dua orang anak muda yang pro Pakatam. akhirnya keduanya di tahan dan keduanya memohon maaf. Tapi terpaksa jua hadapi konseksual perundangan akibat perbuatan mereka.
Selepas itu timbul perlanjutan perbalahan mengenai tema kemerdekaan JANJI DITEPATI. Pakatam meroyan tahap gaban. Slogan SEBANGSA SENEGARA SEJIWA digunakan oleh mereka kerana mereka mengelirukan rakyat kononnya tema kemerdekaan JANJI DITEPATI sudah diUMNOkan. Sekali lagi Pakatam Selangor perkecilkan peranan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Dalam masa yang sama, BN Selangor berjaya bertindak membuktikan Pakatam menipu rakyat bilamana saman dikemukakan oleh seramai seribu orang penghuni yang menggunakan meter pukal menagih janji subsidi air 20 ml. Kali ini Pakatam benar-benar melatah dan membuktikan mereka adalah Penipu tegar bila Khalid G akui Manisfesto Pakatam pada PRU 12 lalu bukanlah janji-jaji yang mesti dihormati dan ditunaikan.
Tak ketinggalan kisah-kisah katak-katak melompat empat pada 16hb September. Pembohongan terbesar Anwar Aib Braheem ialah 16hb September. Lajim Ukin pun dah mulai rasa terpukul oleh pembohongan bersimpang-siur Anwar Aib Braheem. Empat lagi menunggu masa sahaja untuk dijadikan Sup Katak kegemaran DAP rasis.
Paling hangat kisah bodigad bang Nom (Anwar Aib Braheem) mengacu pistol kepada rakyat yang membantah kehadiran bas mewah cat merah tompok-tompok dan treler mewah siri Jelajah Merdeka Selamatkan Bang Nom. Sebelum itu bang Nom menerima hadiah selipar dalam masjid kerana terlalu celupar beri ceramah di dalam masjid.
Itupun bang Nom sempat juga buat lawak dalam ceramah dengan memberi jaminan kemenangan buat Pakatam tepat jam 2.30 petang (hari tak tau ) pada PRU 13 nanti. Karoot Komedia XXX Chinadoll itu di tokok tambah dengan kisah mimpi dan dengar suara dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Sungai Pendang Kedah.
Kelucuan berterusan bila Tian Chua samada secara sengaja atau tidak terpanggil untuk membodek keterlaluan bang Nom menyebabkan bang Nom terkantoi naik jet peribadi untuk tujuan kempen Selamatkan Bang Nom.
Lanjutan dari itu sebagai bonus kelucuan yang sedia ada, sosialis PKR dan DAP terpukul dengan kerjasama yang wujud di antara UMNO-PAS membantah filem IOM. Ngeh mewakili DAP berpendapat umat Islam hanya membuang masa dan tenaga sahaja membantah. Akibatnya, UMNO-PAS dan NGO Islam pertama kali bersatu tenaga melakukan bantahan serentak. Menyedari kesilapan itu, Ngeh memohon maaf. Tai semuanya sudah terlambat.
Terpaksalah pecacai sosialis PKR dan DAP bekerja keras menafikan kewujudan unsur penyatuan UMNO-PAS-NGO Islam. Mereka bimbang di cerai talak tiga oleh PAS. Tapi sebenarnya mereka lebih bimbang kehilangan punca pendapatan lumayan setiap bulan jika gagal mengekalkan Pakatam di tampuk kekuasaan. Apajua cara Pakatam mesti menang. Kalau tak menang anak bini mereka kelaparan di rumah.
Bila melihat keadaan dan situasi politik yang serba tak kena ini, kebanyakan rakyat sudah banyak hilang keyakinan dan kepercayaan kepada semua parti politik yang ada. Hanya kedua pihak sahaja yang cuba menyakinkan diri mereka bahawa rakyat menyokong mereka.
Adalah tidak mustahil rakyat akan memberikan satu keputusan PARLIMEN TERGANTUNG.-Semaremas
DAP SIAL...PAS Harus Ikut Cakap Pemuda UMNO Agar Tak Sesat Lagi!!!
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pas tidak mendapat sokongan daripada DAP dalam perkara yang melibatkan agama.
"Bila ada orang Islam dan bukan Islam yang ingin berhimpun bagi menunjukkan tanda protes terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, ada individu yang berkata seolah-olah tindakan itu membazir tenaga dan masa.
"Tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak penting. Lebih menyedihkan, apabila kenyataan tersbeut dikeluarkan oleh rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah memahami bahawa Islam merupakan agama persekutuan," katanya ketika berucap pada perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru semalam.
Selanjutnya di sini
Maaf Tidak Cukup..Ahli DAP Hina Islam Perlu Dikenakan Undang2 !!!
Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.
Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.
Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.
Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.
Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.
Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.
Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.
Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.
Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat.
Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.
Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.
Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini
Friday, September 21, 2012
Komen PM Tentang Isu Filem "Innocence Of Muslims"
Sebagai Perdana Menteri sudah tentu beliau berhati-hati membuat kenyataan dan selepas menerima laporan yang lengkap barulah kecaman pedas ini dikeluarkan.
Kita tidak mahu PM terperangkap jerat merosakkan hubungan sesama rakyat berbilang bangsa dan agama dan ternyata sememangnya PM bijak menyusun kata menutur bicara memberitahu pendiriannya dalam isu ini.
Esok juga Pemuda Umno akan membantah dengan aman serentak dengan Pemuda Pas, di Masjid Jamek Kg Baru dan Masjid Tabung Haji Jalan Tun Ab Razak, bukti bagaimana kesatuan umat masih lagi kuat dalam hal berkaitan Nabi Muhammad saw.
Namun jangan sesekali merosak keamanan dengan melanggar undang-undang di dalam menzahirkan kemarahan.
Bijaksana tidak berada di jalanan dan ia melalui saluran dengan kaedah yang cukup berkesan.
Sebarkan pendirian Perdana Menteri ini kepada rakan sekelian. Terima kasih
Thursday, September 20, 2012
Selepas Berlaku Di Jerantut..Kini Pemuda PAS Dan UMNO Pula Bersatu !!!
Wednesday, September 19, 2012
Wee Choo Keong Tetap Pertahankan Wangsa Maju, BN Jangan Lalai
Penyandangnya, Datuk Yew Teong Look (MCA) terpaksa menelan hakikat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) ketika itu bukannya bersandarkan kekuatan pembangkang, namun masalah dalaman yang menghimpit sesama parti komponen dalam BN.
Menariknya, percaturan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon, Wee Choo Keong (kini Bebas) yang kurang dikenali dan difahamkan hanya berkempen selama seminggu, kegigihan Teong Look dan jasanya membangunkan Wangsa Maju selama dua penggal sebagai wakil rakyat terpadam begitu sahaja.
MCA dan BN meratapi kekalahan mereka, manakala PKR dan pengundi Wangsa Maju teruja meraikan kemenangan ‘wira baru’ mereka. Namun, seperti diduga, politik Wangsa Maju tidak sepi dengan kontroversi.
Jodoh Choo Keong bersama PKR tidak lama, dia nekad meninggalkan parti dan selesa bergelar Ahli Parlimen Bebas.
Kini, kehangatan kembali dirasai, PRU13 bakal menjengah dan pastikan kerusi Parlimen Wangsa Maju antara tumpuan hangat dan menarik apabila Chee Keong meluahkan hasrat kekal mempertahankan kerusi dimenanginya, sementara PKR dan BN masing-masing bersungguh mahu merampas kembali kerusi tersebut.
Wangsa Maju bertambah baik
CHOO Keong berkata, sejak beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat di Parlimen Wangsa Maju, cara pemikiran bekerja telah diubah kepada lebih efektif dan mesra.
Katanya, beliau memperkenalkan polisi, sistem dan dasar supaya segala permasalahan melibatkan penduduk ditangani dengan baik bersama pihak berkuasa tempatan.
“Saya tidak pernah mengabaikan segala permasalahan di Wangsa Maju dan setiap isu berbangkit ditangani dengan baik tanpa memilih bulu sama ada berbeza kaum dan parti.
“Saya percaya isu-isu setempat seperti sampah, longkang mahupun masalah kampung tradisi yang menghantui masalah penduduk berpuluh tahun di Wangsa Maju dan sekitarnya telah diselesaikan melalui dasar dan polisi yang berhemah bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan.
“Sebagai contoh, sekiranya masalah kampung tradisi di Wangsa Maju yang sudah berpuluh tahun dipolitikkan di pentas ceramah tanpa penyelesaian oleh pemimpin parti sebelum ini, masalah tersebut telah pun selesai apabila masalah itu dibangkitkan di Parlimen dan diputuskan dikekalkan sebagai kampung tradisi,” katanya.
Beliau berkata, memegang prinsip iaitu berkhidmat kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah di Wangsa Maju, memberikan kehidupan yang berkualiti dan bukannya mengambil setiap isu itu untuk dijadikan bahan kempen politik sebagai modal pilihan raya oleh pemimpin sebelum ini di Wangsa Maju.
“Saya bukanlah wakil rakyat yang mencari publisiti murah untuk keluar dalam dada akhbar dan memanggil media untuk menunjukkan sesuatu masalah kononnya wakil rakyat mengambil berat dan turun padang menyelesaikan masalah," katanya.- Sinar Harian
FIKIRLAH YANG MANA TERBAIK UNTUK ANDA UNDI MENJADI PEMIMPIN YANG BERDEDIKASI
KJ:DAP Tak Hormat Perasaan Umat Islam
Manifesto PR..Benarkah BN Tidak Laksanakan???
Tuesday, September 18, 2012
Anjing Sapa Lah Yang Gantung ni!!!!
Selanjutnya klik sini
Air Percuma : 2,000 Saman Akan Difailkan Di Mahkamah Tinggi Shah Alam Esok
KAJANG 18 Sept – Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela, Kamarudin Ahmad.
Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.
Kamarudin berkata beliau akan memfailkan 2,000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.
“Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.
“Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ,” katanya pada sidang media di Pangsapuri Angsana di sini, Isnin.
Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.
Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.
“Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),”tambahnya lagi.
Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.
Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan. -MediaUMNO
MAHFUZ KEMPUNAN
Anwar Dicabar Sangkal Dakwaan Nalla !!!
Monday, September 17, 2012
Dr Maza 'Tembak' Golongan Yang Mempolitikkan Agama
Sunday, September 16, 2012
Nasha Tegaskan Beliau Tidak Akan Minta Maaf Pada Karpal !!!
Amanat PM:Pastikan Keharmonian Dan Kesejahteraan Malaysia Terus Utuh