Tuesday, September 18, 2012

MAHFUZ KEMPUNAN






Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena adalah antara nama yang dikatakan begitu ‘berminat’ dengan jawatan Menteri Besar Kedah.

Namun, untuk mencapai matlamat itu amatlah sukar kerana beliau perlu berhadapan bukan sahaja dengan Dato’ Seri Azizan Razak, tetapi juga Mat Sabu dan Phahrolrazi.

Dan lebih dari itu, Mahfuz juga sedar bahawa beliau perlu terlebih dahulu memastikan yang PAS menang di Kedah.

Sehubungan dengan itu,desas-desus kedengaran bahawa Mahfuz bakal bertemu dengan Datuk Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Beliau yang juga merupakan abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution diramal bakal berentap di gelanggang N9 Bukit Lada di dalam Parlimen Pokok Sena.

Kerusi tersebut kini dipegang oleh Ahmad Izzat Shauki (PAS) yang menang tipis menentang Datuk Ariffin Man (BN) dengan majoriti 208.

Jika ini berlaku, hampir pasti akan dapat menyaksikan mimpi-mimpi Mahfuz untuk menjadi Menteri Besar Kedah,hancur berkecai.

Ini kerana Datuk Sahlan adalah seorang yang berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Beliau pernah diura-urakan akan dicalonkan di Kulim-Bandar Bharu menentang adiknya sendiri.

Mengikut perkiraan, beliau mampu menang mudah mengatasi adiknya berdasarkan sentimen politik rakyat setempat dan keperibadian antara kedua mereka.

Datuk Sahlan dengan Mahfuz adalah umpama langit dengan bumi dari segenap segi iaitu keperibadian, pengalaman dan juga pendidikan.

Dengan latarbelakang pendidikan Mahfuz yang berbekalkan SRP dan pengalaman menjadi porter di lapangan terbang, bagaimana beliau mampu meyakinkan rakyat?

Lebih malang lagi, Mahfuz juga tidak boleh menggunakan ‘agama’ sebagai modal politiknya kerana umum tahu beliau bukan ulama.

Malah, sekali pandang, Datuk Sahlan tampak lebih ‘beragama’ dari Mahfuz walaupun Mahfuz mewakili parti yang menggunakan nama agama.

Atas faktor ini, maka tidak hairan apabila kaji selidik tidak rasmi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu menganggarkan Mahfuz bakal kalah dengan majoriti lebih 1,000 jika menentang Datuk Sahlan.

0 comments:

Post a Comment