Thursday, September 13, 2012

Blogger Pro PAS Balun Haron Din Isu Nasharuddin???


Blogger pro PAS, Abdul Rahman Talib mengecam Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang didakwanya sebagai punca kenapa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa tidak diambil tindakan oleh Majlis Syura yang bermesyuarat baru-baru ini.

"Selagi Haron berada dalam Majlis Syura, Nasha akan selamat," katanya kepada FMT.

Dakwa blogger pro PAS itu, Dr Haron dan sebilangan besar ahli Majlis Syura adalah penyokong kepada Nasharuddin dalam isu kerajaan perpaduan dengan UMNO.

"Datuk Seri Hadi Awang (Presiden); Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) bersama-sama dengan Nasha menyokong membentuk kerajaan perpaduan.

"Pemimpin Dewan Ulama dan Pemuda (PAS) juga menyokong Nasha. Terengganu juga menyokong Nasha," dakwanya.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai blogger Tulang Besi sering disebut-sebut sebagai blogger pro PAS proksi Anwarinas yang anti kerajaan perpaduan.

rockyKCD - Tulang Besi nie memang biol. Penentang kebaikan dan pendokong kejahatan :)

2 comments:

  1. Selagi ada nik aziz selagi itulah umat islam bepecah

    ReplyDelete
  2. Ugama apa si Tulang Besi ni? Otak besi sekali ke? OOoo Islam liberal. Solat boleh tak solat boleh, balun depan boleh belakang boleh bla bla bla.

    Cara menghentam tu macam kafir.

    Apa salah Nasaruddin Mat Isa dari segi syarak? Menentang LGBT tu bukan pada semua orang Islam?

    Apalak salahnya PAS berbaik dengan UMNO kan Islam itu mesti bersatu. Tulang Besi ni syaitan ke apa? Sanggup lak dia dengan PKR dan DAP. Dapat mabuk free ke? Korek apa2 orang tak marah ke?

    Menyatukan kan Islam pun dia tentang sah dia ni pengkhianat ugama. Penyokong kafir. Munafik.

    ReplyDelete