Hudud yang menjadi krisis tidak berkesudahan antara PAS dengan DAP kini merebak menjadi krisis dalaman di dalam PAS juga. Ketegasan DAP untuk tidak berganjak dari pendirian meletakkan PAS yang telah sedia terpecah kepada dua kumpulan menjadi semakin parah.
Kumpulan pertama ialah kumpulan pro-Anwar dan talibarut DAP, manakala satu kumpulan lagi adalah pro-Ulama. Seperti yang kita sedia maklum, ahli-ahli yang pro-Ulama masih menjadi tunjang kekuatan PAS walaupun ‘sisa-sisa’ ulama yang ada di dalam PAS semakin diragui ‘keUlamaannya’.
Ini kerana, Presiden dan Mursyidul Am PAS yang sepatutnya dari kumpulan Ulama juga sudah kelihatan seperti pro-Anwar dan talibarut DAP apabila mereka sering menjadi orang pertama membela DAP jika parti tersebut dikritik.
Begitu juga apabila berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini, kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut juga cenderung membela pemimpin PAS dari kumpulan pro-Anwar/DAP tetapi mengambil sikap berdiam diri atau berpendiran ‘kurang pasti’ apabila terdapat masalah yang membabitkan pemimpin dari kumpulan pro-Ulama. Malah, mereka juga tidak teragak-agak langsung untuk memecat pemimpin dari kumpulan Ulama seperti Dato’ Dr. Hasan Ali apabila ‘perlu’, demi kesinambungan hubungan PAS-DAP.
Perkembangan semasa memperlihatkan kumpulan pro-Anwar/DAP kini diterajui oleh Mat Sabu. Ironi sekali apabila kumpulan pro-Ulama pula nampaknya dijuarai oleh Nasharuddin Mat Isa yang telah kalah kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Mat Sabu pastinya melihat pertelagahan Nasharudin-Karpal yang hangat diperkatakan kini sebagai satu percubaan Nasharuddin untuk kembali ke jawatan yang sebelum ini menjadi miliknya. Dengan sokongan akar umbi yang semakin meningkat terhadap Nasharuddin, tidak mustahil Mat Sabu akan tersungkur jika bertanding jawatan tersebut sekali lagi.
Dikhabarkan bahawa sudah ada desas desus untuk mendesak PAS menggubal undang-undang agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Sudah tentu usaha ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan Mat Sabu.
Dikhabarkan juga bahawa Mat Sabu sendiri tidak yakin akan sokongan terhadapnya apatah lagi apabila menyedari bahawa kemenangannya mengatasi Nasharuddin sebelum ini telah mencetuskan kehairanan di kalangan bukan sahaja ahli-ahli PAS, tetapi juga orang luar.
Tidak mustahil sekiranya kebimbangan Mat Sabu dan kumpulannya memuncak, maka mereka akan melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk mendesak Nasharuddin dipecat.
Jika sebelum ini kumpulan mereka berjaya membuat Hasan Ali dipecat kerana mempertahankan murtad yang merupakan isu yang begitu besar bagi umat Islam, kenapa pula mereka tidak akan berjaya memecat Nasharuddin yang mempertahankan hudud yang hanya 1/10 dari tuntutan Islam?
Sehingga akhir-akhir ini, Anwar/DAP nampaknya sudah hampir berjaya sudah begitu hampir dengan kejayaan meliberalkan PAS sepenuhnya. Langsung mereka tidak menyangka akan melalui halangan dalam bentuk kebangkitan akar umbi di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.
Apa yang berlaku ini mungkin meletakkan Nasharuddin sebagai hero oleh akar umbi PAS kerana berani mencuba untuk ‘melangkah mayat Karpal Singh’.
Hakikat yang mereka telah terlepas pandang ialah Nasharudin adalah hero yang kalah kerana beliau berada di dalam parti yang kalah dan salah.
Seorang hero sebenar pasti telah meninggalkan PAS setelah menyedari akan kesesatan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atasannya. Namun, seperti juga kebanyakan ahli politik yang gila kuasa, Nasharudin kekal di dalam PAS mengharap untuk melakukan ‘comeback’ ke jawatan tertinggi parti.
Nasharudin nampaknya mengambil sikap seperti semua pemimpin-pemimpin hipokrit dan dayus PAS yang lain dengan memilih untuk meneruskan perang mulut dengan DAP yang pastinya tiada kesudahan.
Tidakkah Nasharudin sedar bahawa selagi beliau berada di dalam PAS, selagi itulah beliau menjadi talibarut DAP dan bersama-sama membantu memenangkan DAP dalam PRU akan datang?
Jika benar Nasharudin ikhlas berdiri atas nama Islam, beliau tidak perlu menunggu agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi beliau yang harus menunjuk jalan dengan terlebih dahulu keluar dari PAS.
Kesimpulannya, Nasharudin dan Mat Sabu tiada bezanya. Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi, talibarut kalaupun tidak barua kepada DAP
0 comments:
Post a Comment