Wednesday, September 19, 2012

Manifesto PR..Benarkah BN Tidak Laksanakan???


DALAM kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13), banyak persoalan yang boleh ditimbulkan terutamanya mengenai kenapa kita hendak mengubah Kerajaan Persekutuan seperti yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat. Persoalan yang sepatutnya ditimbulkan adalah apakah yang boleh Pakatan Rakyat Timbulkan yang mana ini semua tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Ikuti kupasan berikut:

1. Kebebasan Bersuara

Pakatan Rakyat amat mengamalkan kebebasan bersuara. Lihatlah bagaimana “gag order” dilaksanakan. Tiada ahli politik dibenarkan bersuara melainkan pemimpin atasan membuat segala keputusan. Lihatlah bagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim melindungi kes Talamnya atau lebih dikenali sebagai “Talamgate” dan lihat bagaimana Lim Guan Eng cuba menutup kes ‘Rainbow”.

2. Kebebasan Media

Pakatan Rakyat juara di dalam kebebasan media. Lihatlah sendiri Buletin Mutiara dan Selangorkini. Apakah mereka mempunyai ruang untuk Barisan Nasional di dalam akhbar-akhbar mereka? Janganlah kita bercakap mengenai Roket, Suara Keadilan dan Harakah. Memang tak ada langsung kebaikan mengenai Barisan Nasional yang ditulis. Bukankah kita patut asingkan di antara Kerajaan dan parti politik? Apakah Pakatan Rakyat mengamalkannya? Apakah wajar buletin Kerajaan seperti Buletin Mutiara dan Selangorkini digunakan untuk suara parti?

3. Meningkatkan Ekonomi

Sehingga sekarang Pakatan Rakyat tidak memberikan butir-butir terperinci bagaimana mereka ingin menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan menghapuskan PTPTN. Mereka hanya pandai membuat janji dan gagal untuk merealisasikannya. Bagaimana janji mereka untuk memastikan setiap isirumah RM4 ribu sebulan. Bagaimana mereka ingin mencapainya? Apa yang penulis dengar kesemua ini menelan belanja sebanyak RM200 billion. GDP Malaysia hanyalah sekitar RM200 billion sethun. Dari manakah Kerajaan Pakatan Rakyat hendak mendapatkan dana untuk pendidikan, jalan, pertahanan dan sebagainya. Apakah Pakatan Rakyat mahu Malaysia menjadi seperti Greece dan Spain?

Meningkatkan Produktiviti Agensi Kerajaan

Cakap memang senang. Tidak perlu mengeluarkan duit. Sebelum mereka berjanji untuk melaksanakan di peringkat Persekutuan, apa kata kita lihat dulu apa yang telah mereka lakukan untuk negeri di mana mereka perintah. Bagaimana pengurusan sampah di Selangor? Bagaimana pengurusan air di Kelantan dan bagaimanakah pula pemberian air percuma di Selangor? Apakah Rakyat berpuas hati?

Bailout

Senang menyalahkan Kerajaan BN di dalam menyelamatkan (bailout) syarikat-syarikat yang bermasalah. Bagaimana pula dengan kes Talam? Bukankah itu bailout? Kerajaan Selangor membeli tanah melebihi harga yang diletakkan di dalam laporan penilaian. Kalau ini bukan bailout, nak sebut apa? Bagaimana pula dengan kes membeli lori sampah dari China yang melebihi harga pasaran? Ini apa pula tujuannya?

Menurunkan taraf hidup

Kalau sebut BN bermakna Barang naik. Buat Rakyat susah. Lupakah PR bahawa Negeri Kedah dan Pulau Pinang menaikkan harga air semenjak 2008? Berapa banyak pula rumah kos rendah yang telah berjaya dibina oleh PR di empat negeri pemerintahan mereka untuk membantu Rakyat?

Korupsi

PR bebas dari korupsi? Baru perintah satu negeri, tender sekecil-kecilnya seperti kontrak membuat baju telah disapu oleh bekas EXCO Perak, Nga Kor Ming. Bagaimana pula dengan penyalahgunaan kuasa oleh Ronnie Liu di dalam campurtangan kuasa Kerajaan Tempatan di dalam meluluskan projek? CAT dan SELCAT hilang entah ke mana. Auta semata-mata.

Pilihanraya yang adil

Lihatlah bagaimana parti PKR melaksanakan pilihanraya parti mereka. Siap dengan baling kerusi lagi. Lupakah kita bagaimana Zaid Ibrahim keluar parti kerana tidak tahan dengan mainan politik Azmin Ali? Bagaimana dengan parti komunis dan dikatator DAP. Adilnyanya mereka sebagai sebuah parti anak beranak yang hanya membenarkan orang-orang tertentu sahaja yang boleh berkuasa dan bersuara di dalam parti itu. Kalau Pakatan Rakyat tidak dapat meletakkan rumahtangga mereka dalam keadaan aman, lupakan sajalah kononnya untuk melaksanakan pilihanraya yang adil.

Kesemua di atas tidak ada sedikitpun penambahbaikan untuk apa yang telah Barisan Nasional laksanakan untuk Rakyat selama 55 tahun negara Merdeka. Untuk apakah kita memperjudikan nasib untuk mengubah sesuatu kepada lebih buruk? Bak kata pepatah, lari daripada mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya. Fikir-fikirkanlah.....

Kesimpulannya dari artikel diatas menunjukkan, langsung tak apa yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Haram kerana semua janji-janji mereka adalah janji kosong. Lagi pun, jelas menunjukkan bahawa mereka bukan sebuah pakatan yang betul-betul bersatu. Sebenarnya mereka berlainan pendapat, cuma dik kerana ingin memerintah dan menumbangkan kerajaan yang ada, maka, mereka terpaksa berlakun. Tapi.....sampai bila mereka boleh berlakun? Fikir-fikirkanlah. Sekian komen yang ringkas dari saya.

0 comments:

Post a Comment