SHaH ALAM: Umno dan PAS perlu duduk semeja dan mengenepikan urusan politik bagi meneruskan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.Anggota Majlis Syura Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Ahmad Fauzan Yahaya berkata, idea gabungan kedua-dua parti berkenaan merupakan satu usaha yang mantap bagi memartabatkan agama dan mendukung cita-cita murni dalam mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."Kalau nak cerita pasal negara demokrasi, bila PAS nak buat hukum hudud, bekerjasama dengan parti kafir (DAP) dan di sebelah kawannya juga PKR yang ada rojak punya pegangan, idealisme, pluralisme, macam mana kamu nak perjuangkan Islam?
"Kalau benar mereka serius nak perjuangkan Islam, yang terbaik adalah bergabung dengan Umno. Macam Tun Mahathir cakap, kalau betul serius mahu buat, bergabunglah PAS dengan Umno. Jika tidak, ia tidak ke mana, hanya omong kosong," katanya.Ahmad Fauzan selain itu berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini mungkin mengambil masa berikutan kepelbagaian kaum yang harus diberikan kefahaman dan mengambil kira persekitaran yang kondusif."Dan saya secara peribadi mengatakan bahawa hukum hudud mungkin agak jauh lagi memandangkan kita sebuah negara berdemokrasi tapi kita kena tanam cita-cita itu suatu hari nanti Insya-Allah dipermudahkan, berdoa kepada Allah agar hukum ini akan berada di Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa, Persatuan Generasi Bestari Dr Wan Mohd Adam berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang dicemburui oleh negara luar ekoran pelaksanaan sistem ekonomi dan pendidikan yang berlandaskan Islam.Tambahnya lagi, situasi tersebut dilihat sebagai salah satu pemangkin untuk negara kita melaksanakan hukum hudud, cuma masih terdapat fasa-fasa yang perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat kefahaman penuh berkenaan hukum ini."Pelaksanaan hukum hudud ini, kalau kita kata nak laksana, dulu lagi kita boleh laksana, dah lama dah, masa dah tiba, cuma kekangan kita hari ini ialah kefahaman kepada masyarakat.
"Kefahaman itu bukan kefahaman atas ideologi politik, sebab hari ini, yang jadi orang-orang bukan Islam jadi takut dengan hukum hudud kerana kefahaman yang diberikan atas dasar ideologi politik.Apa yang kita tengok yang paling penting hari ini, untuk mendaulatkan lagi, hal ini orang Islam kena bersatu hati, kita letak dekat luar dulu elemen kepartian itu, kita duduk bersama bagi fahamkan orang bukan Islam bahawa hukum hudud ini ialah hukum yang kami kena wajib laksanakan di masa yang sama dia berkaitan dengan kami dan mereka juga ada undang-undang lain," kata beliau.Dalam masa yang sama, untuk melaksanakan hukum hudud, setiap pihak perlu mengambil kira keselesaan dan penerimaan penduduk yang berbilang kaum agar tidak timbul keresahan dan kegusaran terutamanya di kalangan orang bukan Islam.
"Kerajaan patut kumpul cendiakiawan, ilmuan yang hebat-hebat, yang mana mereka ini mengkaji dari segi ilmiah, bagaimakah pelaksanaan hukum hudud, dalam konteks Malaysia," katanya
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..Penulisan dan suatu perkembangan yang sangat positif. Semoga Allah berkati pemimpin Islam kita tidak kira daripada Umno atau Pas. Semoga Allah buka juga sinar hidayahNya kepada non-Muslim di Malaysia untuk memahami keindahan Islam. Jangan lah terlalu didebatkan ketirisan2 yang berlaku. Kita debatkan dahulu isu Kenegaraan Islam. Kiranya kehidupan Islam yang dipilih oleh semua pemimpin2 kita, InsyaAllah masalah ketirisan atau salah guna kuasa ini semuanya akan dapat diatasi secara berperingkat peringkat. Cuma saya berpendapat jika perlaksanaan Kenegaraan Islam berjaya di jadikan suatu yang realiti, janganlah dihukum kesilapan pemimpin2 kita yang lepas. Mudah - mudahan peraturan baru itu hanya diimposed untuk yang akan datang selepas itu. Tidak guna jika kita ingin melaksanakan Islam tetapi ianya penuh dengan sifat2 benci dan dendam. Buangkanlah kebencian, buangkanlah dendam dan yang tinggal biarlah kasih sayang. Semoga Allah berkati kita semua. Salam...Allah Huakbar!
ReplyDelete