Penyandangnya, Datuk Yew Teong Look (MCA) terpaksa menelan hakikat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) ketika itu bukannya bersandarkan kekuatan pembangkang, namun masalah dalaman yang menghimpit sesama parti komponen dalam BN.
Menariknya, percaturan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon, Wee Choo Keong (kini Bebas) yang kurang dikenali dan difahamkan hanya berkempen selama seminggu, kegigihan Teong Look dan jasanya membangunkan Wangsa Maju selama dua penggal sebagai wakil rakyat terpadam begitu sahaja.
MCA dan BN meratapi kekalahan mereka, manakala PKR dan pengundi Wangsa Maju teruja meraikan kemenangan ‘wira baru’ mereka. Namun, seperti diduga, politik Wangsa Maju tidak sepi dengan kontroversi.
Jodoh Choo Keong bersama PKR tidak lama, dia nekad meninggalkan parti dan selesa bergelar Ahli Parlimen Bebas.
Kini, kehangatan kembali dirasai, PRU13 bakal menjengah dan pastikan kerusi Parlimen Wangsa Maju antara tumpuan hangat dan menarik apabila Chee Keong meluahkan hasrat kekal mempertahankan kerusi dimenanginya, sementara PKR dan BN masing-masing bersungguh mahu merampas kembali kerusi tersebut.
Wangsa Maju bertambah baik
CHOO Keong berkata, sejak beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat di Parlimen Wangsa Maju, cara pemikiran bekerja telah diubah kepada lebih efektif dan mesra.
Katanya, beliau memperkenalkan polisi, sistem dan dasar supaya segala permasalahan melibatkan penduduk ditangani dengan baik bersama pihak berkuasa tempatan.
“Saya tidak pernah mengabaikan segala permasalahan di Wangsa Maju dan setiap isu berbangkit ditangani dengan baik tanpa memilih bulu sama ada berbeza kaum dan parti.
“Saya percaya isu-isu setempat seperti sampah, longkang mahupun masalah kampung tradisi yang menghantui masalah penduduk berpuluh tahun di Wangsa Maju dan sekitarnya telah diselesaikan melalui dasar dan polisi yang berhemah bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan.
“Sebagai contoh, sekiranya masalah kampung tradisi di Wangsa Maju yang sudah berpuluh tahun dipolitikkan di pentas ceramah tanpa penyelesaian oleh pemimpin parti sebelum ini, masalah tersebut telah pun selesai apabila masalah itu dibangkitkan di Parlimen dan diputuskan dikekalkan sebagai kampung tradisi,” katanya.
Beliau berkata, memegang prinsip iaitu berkhidmat kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah di Wangsa Maju, memberikan kehidupan yang berkualiti dan bukannya mengambil setiap isu itu untuk dijadikan bahan kempen politik sebagai modal pilihan raya oleh pemimpin sebelum ini di Wangsa Maju.
“Saya bukanlah wakil rakyat yang mencari publisiti murah untuk keluar dalam dada akhbar dan memanggil media untuk menunjukkan sesuatu masalah kononnya wakil rakyat mengambil berat dan turun padang menyelesaikan masalah," katanya.- Sinar Harian
BERSEDIA UNTUK PRU 13
FIKIRLAH YANG MANA TERBAIK UNTUK ANDA UNDI MENJADI PEMIMPIN YANG BERDEDIKASI
FIKIRLAH YANG MANA TERBAIK UNTUK ANDA UNDI MENJADI PEMIMPIN YANG BERDEDIKASI
0 comments:
Post a Comment