Friday, September 14, 2012

Din Pudu Makin Sewel



Dalam politik, jika ditanya soal Pemimpin Katak, nama Ibrahim Ali disebut terlebih dahulu. Tok Him tidak dapat lari dari gelaran katak. Walaupun Anwar sendiri merestui budaya politik Katak ini (merujuk strategi lompat parti), akan tetapi tidak mampu menandingi Tok Him.

Walaupun penulis sendiri tidak bersetuju dalam beberapa isu dan pendirian Tok Him, akan tetapi tidak dapat dinafikan, ke mana sahaja haluan Tok Him, beliau tidak pernah tinggalkan 1 perjuangan yang dipegang erat sehingga hari ini. Perjuangan memperkasa bangsa Melayu dan umat Islam. Tidak ada mana2 pihak mampu menafikan hal ini.

Hari ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa mengecam salah seorang Pimpinan Parasit PAS. Beliau menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, dalam Sinar Harian pada 12 September lalu, mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bakal menguasai tiga negeri baru iaitu Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah kenyataan perang saraf politik yang melucukan.-Gelombang Rakyat

0 comments:

Post a Comment