Saturday, September 1, 2012

ANWAR BUAT TERAPI DALAM BAS MEWAH 2 TINGKAT

Bas mewah milik Khalid Ibrahim untuk kegunaan boss beliau, Anwar Ibrahim telah menjadi perbualah hangat rakyat.

Perbualannya bukan menjuruskan kepada kekaguman Pakatan pembangkang menggunapakai bas mewah untuk berpolitik.

Tetapi ianya lebih kepada sindiran dan cemuhan rakyat kerana Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang seolah-olah menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sedangkan masih ramai lagi rakyat yang perlukan bantuan di negeri Selangor.

Tambahan pula, bas mewah 2 tingkat itu tidak praktikal untuk masuk di jalan-jalan kecil dalam kampung-kampung, malah akan menjadi bahan cemuhan orang kampung apabila melihat bas mewah tersebut.

Dan sudah tentu, ianya tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada Anwar Ibrahim yang wajah beliau turut menghiasi bas mewah itu.

Berkempen dengan bas mewah 2 tingkat? Rakyat akan bangkit mengkrtitik hebat.


Beginikah cara Anwar mahu berkempen cara bermewah-mewah dan kemudian mengharapkan undi rakyat? I don't think so !


Di bawah adalah interior design yang menyerlahkan lagi ciri-ciri kemewahan bas 2 tingkat tersebut.

Canggih ! Kerusi urut di sediakan. Untuk kegunaan Anwar yang pernah sakit belakang?


Yang mungkin juga akan diperkatakan oleh rakyat ialah, "daripada belanja mahal beli dan ubahsuai bas mewah, lebih baik mereka bagi duit tu kepada rakyat" atau "kan negara kita ni dah elok dengan jalan lebuhrayanya, buat apa nak berlagak pakai bas mewah." dan sebagainya.

Janganlah kita samakan dengan senario di Amerika Syarikat di mana bas digunakan untuk berkempen kerana negara itu jauh lebih besar daripada negara kita. Manakala, jarak lokasi berkempen mengambil masa yang lama dan berkemungkinan tanpa fasiliti penginapan dan sebagainya.

So, bagi MiM, penggunaan bas mewah 2 tingkat ini adalah strategi berkempen dan politik yang tidak menguntungkan dan akan backfired kepada parti pembangkang.

Malah, ianya bakal mendatangkan mual dan cemuhan daripada mereka yang hadir dan mendengar Anwar berkempen di bas mewah tersebut.

Pelik kerana takkan Anwar Ibrahim dan pegawai-pegawai beliau tidak tahu implikasi negatif danconsequences mereka menayangkan bas mewah 2 tingkat di depan rakyat? Atau mereka sudah tahu?

Yang kelakarnya ialah Minaq Jinggo melaporkan bahawa 'untuk jelajahan pertama ini bas bergerak kosong saja kerana permit dari JPJ tidak diperolehi lagi selepas renovasi dan pengubahsuaian siap. Ahli rombongan termasuk Anwar Ibrahim dan Kak Wan mengekori dengan kenderaan persendirian.'

Maka apabila bas mewah 2 tingkat itu disimbah dengan cat merah, kita sangat ragu dengan motif 'simbah cat merah' itu. Pihak manakah yang sebenarnya terlibat?

cat merah - modus operandi ah long?

Seperti biasa, media alternatif pro-pembangkang begitu cepat menerjah dan menunding jari kepada parti UMNO. Tanpa mereka sedari, tindakan lumrah mereka itu sebenarnya telah overkilled hingga menyebabkan rakyat berasa meluat dengan tindakan mereka itu.

Logikkah jika UMNO mahu terlibat untuk memaksa bas itu tidak berfungsi sedangkan bas mewah 2 tingkat itu mungkin menjadi liabiliti pakatan pembangkang?

Bukankah bas lambang kemewahan pakatan pembangkang itu patut dibiarkan sahaja menjelajah negara supaya rakyat sendiri yang melihat serta mengkritik hebat Anwar dan parti beliau? So. apa perlu UMNO terlibat?

Sama-sama kita tunggu siasatan pihak polis.


Sumber:Dr MiM

0 comments:

Post a Comment