Wednesday, September 12, 2012

PAS Anggap Isu Pijak Gambar PM Dan Tukar Bendera Isu Kecil???


Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menemplak peserta Himpunan Janji BERSIH yang mempamerkan bendera Sang Saka Malaya dan memijak gambar Perdana Menteri. Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS lain khususnya mereka yang berhaluan ‘Anwarisma’ tidak setuju dengan pandangan Nik Aziz dengan menganggap kelakuan mereka itu sebagai isu kecil dan terpencil.

Bagi pengkaji sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam menjelaskan kelakuan yang ditunjukkan peserta Himpunan Janji BERSIH itu sangat melampau dan kurang ajar. Mereka ini seharusnya kembali kepada perkara asas iaitu mengutamakan adab sopan, tatasusila dan mementingkan maruah negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan angkuhnya mengatakan tindakan peserta Himpunan Janji BERSIH sebagai isu terpencil yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Juga tidak timbul isu khianat kepada negara atau hasrat untuk menukar Jalur Gemilang dengan mempamerkan Sang Saka Malaya.

Pada malam 30 Ogos lalu, peserta Himpunan Janji Bersih bukan sahaja memijak gambar Perdana Menteri dan isteri tetapi melondehkan seluar dan menonggeng punggung pada gambar itu.

Menurut, Prof Datuk Dr. Ramlah sewajarnya mereka yang terlibat dalam kelakuan tidak senonoh ini sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran supaya tidak berulang di kemudian hari. Jika tidak, berkemungkinan generasi akan datang tidak akan hormat kepada pemimpin.

Pendapat ini juga dikongsi pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang menyatakan, para peserta biadab itu tidak sesuai tinggal di dalam komuniti masyarakat moden. Mereka ini seharusnya duduk di negara-negara yang sehaluan dengan mereka.

"Kita di negara ini hidup di dalam masyarakat moden, mereka tidak faham perkara asas. Golongan ini bersikap kurang ajar dan ingat boleh buat sesuka hati?

Bagi mereka yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan pemimpin pada hari ini ada cara lain yang boleh dilakukan dan bukan cara yang tidak beradab ini. Malaysia sebagai negara demokrasi mengamalkan pemilihan pemimpin menerusi pilihan raya. Cara terbaik, mereka perlu bersikap profesional, jangan mengikut emosi dan tunjukkan ketika proses mengundi nanti siapa yang disukai untuk menjadi pemimpin

0 comments:

Post a Comment