Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengadakan sidang akhbar bersama isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, tujuan sidang akhbar itu adalah untuk menyangkal dakwaan skandal seks Anwar dengan Shamsidar seperti didakwa oleh bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu, Datuk S. Nallakaruppan.
"Kita ucapkan tahniah kepada Anwar kerana melantik diri sendiri memegang jawatan Ketua Wanita pakatan pembangkang dan Anwar tidak perlu bincang mengenai undi wanita luar bandar.
"Ini kerana tugas utama Anwar selaku Ketua Wanita pakatan pembangkang adalah untuk mengaturkan sidang akhbar bersama antara Wan Azizah dan Shamsidar bagi membincang dan menyangkal dakwaan Nallakaruppan mengenai hubungan sulitnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah meminta Wan Azizah memulakan inisiatif menyiasat video seks dikaitkan dengan Azmin serta dakwaan skandal seks di antara Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar seperti didakwa.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman ketika mengulas isu sama pula memberitahu, tindakan berdiam diri Wan Azizah dan PKR selama ini berhubung kedua-dua isu itu tidak membawa sebarang keuntungan terhadap parti tersebut.
Mengulas lanjut, Aminah berkata, Anwar perlu melakukan sidang akhbar itu dengan kadar segera.
"Selesai masalah kedua-dua wanita dalam PKR ini dahulu sebelum sibuk-sibuk mahu menjaga hal ehwal wanita di luar bandar," katanya-UTUSAN
0 comments:
Post a Comment