Friday, November 30, 2012

Hot!!! Doa Wardina Untuk Para Pemimpin Negara..Tak Macam Abby!!

Mursyidul Am : Semua UMNO Salah???


1. Pihak pembangkang memang hebat dalam menanam persepsi dihati rakyat. Segala kesalahan dipertanggungjawabkan kepada UMNO BN dan Kerajaan. Namun dalam masa sama, jika terdapat apa-apa yang memungkinkan rakyat menghargai maka mereka terus mendabik dada merekalah yang meakukannya. Sehinggakan ada yang sanggup mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan Kerajaan kononnya merekalah yang mengusahakannya.

2. Pernahkan sekali pihak pembangkang memuji apa-apa kebaikan yang Kerajaan telah lakukan selama ini? Apakah dalam masa lebih dari 50 tahun tidak ada satupun kebaikan yang Kerajaan lakukan? Malangnya kebanyakan dari mereka membesar hasil usaha keras Kerajaan namun sudah melupakannya. Ditambah pula dengan hasutan pembangkang yang menyatakan tidak perlu berterima kasih kepada sebarang usaha yang Kerajaan berikan.

3. Yang banyak lebih jauh menyimpang adalah parti Pas yang sewenang-wenangnya beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang berhak jadi umat Islam, selain dari Pas dianggap bukan Islam dan kafir. Jika sesuatu dilakukan oleh UMNO maka mereka menghukumnya sebagai haram tetapi apabila mereka melakukan perkara sama maka mereka menghalalkan. Halal dan haram memang sudah menjadi senjata mereka selama ini. Memang haramjadah puak-puak yang permainkan agama ini!

4. Klip video diatas mendedahkan bagaimana pihak pembangkang menanamkan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO itu buruk dan membawa keburukan dengan memfitnah serta melonggokkan segala kesalahan kepada UMNO. Hayatinya dan bukakan fikiran dengan luas serta jangan taksub kerana Pas itu bukan agama dan Islam itu bukan Pas.

5. Bila pula Cekgu Bard bersama Topeng Perak, Yob Tulalang Sekah serta Nurislah akan tubuhkan CIBAI? Aspan Alias dan Suck-mongkol pun boleh join sekali.

Wednesday, November 28, 2012

Puak Pakatan Buat Kacau Di PWTC!
























VIDEO KHAS UNTUK PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL

Pantun Dan Doa Muhyiddin Bikin Ahli PAS Insaf!!!



Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

Pantun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.

 ''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

"Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya.

Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. …PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR.

Sungguh malang bagi PAS…. Bagai kisah si lebai malang…. Di sini tak dapat, di sana pun melepas….

Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.

PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Diakhir amanat Timbalan Presiden ini beliau memohon doa….,

“Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini.

Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.”

Tuesday, November 27, 2012

Kerana Beliau Melayu Dan Islam Akan Musnah!!!



Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai 'political suicide' bagi Nuruk kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.

Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk ?Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?

Jawapan Nurul, "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." pertama kali dimuatturun oleh portal berita Malaysiakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian  dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Malaysiakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah.

Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.

Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.

Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan 'kesalahan' bukannya Utusan Malaysia tetapi Malaysiakini seperti pepatah Melayu, "lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah."

Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.

Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.

Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.

Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri!

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.

Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Pakatan Rakyat jika mereka ditakdirkan berkuasa.

Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme.

Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralis.

Di bawah Pakatan Rakyat orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jika berkuasa, Pakatan Rakyat akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam.

Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.

Melayu akan lenyap, Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan Pakatan Rakyat berkuasa.

Monday, November 26, 2012

SPR Nasihat Selangor..Jangan Buat Andaian!!!


Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor diminta tidak membuat sebarang andaian sebelum merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penemuan 134,675 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menanti laporan daripada penemuan itu dan sudah bersedia untuk memberi penjelasan.

Menurutnya, SPR tidak menolak usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri itu namun ia sepatutnya dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Kita sudah bersedia memberi jawapan kerana kita bekerja mengikut fakta dan undang-undang,” katanya.

Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian, Sabtu lalu, yang mendakwa Kerajaan Negeri mengesan seramai 134,675 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilik Induk.

Beliau juga turut mempersoalkan kaedah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menjejak pengundi yang dilaksanakan melalui bancian dari rumah ke rumah sekiranya ia berdasarkan alamat mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“SPR tidak pernah memberi persetujuan kepada mana-mana pihak untuk melakukan bancian pengundi termasuk Kerajaan Negeri tetapi SPR tetap menghormati usaha mereka.

“Ini kerana, kita khuatir sekiranya mereka tidak memahami kaedah sebenar bancian dan membuat andaian, ia pada akhirnya akan mengelirukan orang ramai.

“Jika mereka membuat bancian dengan cara pergi dari rumah ke rumah berdasarkan alamat dalam rekod JPN, ia akan jadi tidak tepat kerana berkemungkinan individu itu tidak lagi tinggal di alamat didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata, tidak salah di sisi undang-undang SPR sekiranya seseorang itu tidak lagi tinggal di tempat asal tetapi masih menggunakannya sebagai alamat pengundi.

“Boleh jadi mereka ini sewaktu mendaftar dengan SPR, mereka tinggal di situ tetapi kemudian mereka berpindah dan masih belum mengemas kini data terbaru mereka.

“Sekiranya kaedah ini diambil kira Kerajaan Negeri dalam penemuan itu, kita khuatir ia tidak tepat kerana masalah berkaitan alamat itu bukan sesuatu yang pelik malah ia perkara biasa di Malaysia ini,” katanya.

Dr MAZA : Doa Kehancuran Dibenarkan Jika........



KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.

“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya.-SH

Sunday, November 25, 2012

Nurul Izzah Tidak Bangga Melayu Beragama Islam??

Program Maal Hijrah Serta Sumbangan Kepada Anak Anak Yatim

Bertempat di Surau Sakinah PPR Gombak Setia, Berlangsung pada 24 November 2012 Jam 9 Malam







Saturday, November 24, 2012

PKR Wangsa Maju Tertekan Bila Ceramah Anjuran Cawangan UMNO Lebih Hebat Dari Ceramah Cabang Wangsa Maju!!!

Lebih 500 Orang membanjiri kawasan tanah lapang dewan masyarakat Blok CD Seksyen 1 Wangsa Maju apabila UMNO Cawangan CD Seksyen 1 Wangsa Maju Mengadakan ceramah Bongkar-'Isu-isu semasa' pada 23 Nov 2012 jam 9 mlm.




Antara Penceramah yg hadir memberikan ceramah adalah YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei B Abdullah selaku Ketua Penyelaras BN Wangsa Maju serta bekas Naib Presiden PAS YB Dato' Dr Hasan Ali.




Rata-rata pengunjung bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan apabila mereka diberitahu tentang penyelewengan PAS yang selama ini tidak diketahui dan dibongkar kan oleh bekas Naib Presiden PAS itu.


  
Walaupon Dato' Dr Hasan Ali tiba agak lewat kerana menghadiri program yang lain, nyata tidak melunturkan semangat para pendengar yang tabah menunggu dan hadirin makin ramai apabila suara bekas Naib Presiden PAS itu mula berkumandang.


NANTIKAN VIDEO UCAPAN

Friday, November 23, 2012

Panas!!! Agenda DAP Mahu Anwar Jadi PM Diketahui!!!



Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

"Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya

Thursday, November 22, 2012

Nik Aziz Digesa Bertaubat!!!

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Pejabat Barisan Nasional Bahagian Wangsa Maju Diserang Oleh Kaum India



Hahahah...Tajuk tu saja nak bagi gempak..Sebenarnya pada petang tadi 20.11.2012 jam 2pm,
Barisan Nasional Bahagian Wangsa Maju telah memberi sumbangan kepada kaum India sempena perayaan Deepavali yang lepas. Ini merupakan sumbangan kedua yang dibuat oleh Barisan Nasional di Wangsa Maju. Sumbangan yang pertama telah diadakan pada 11 november yang lalu..klik di sini dan gambar klik di sini.

Kira - kira 100 orang yang hadir untuk menerima sumbangan kali kedua ini.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Wangsa Maju, Dato Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah. Turut hadir  ialah ketua komponen bagi setiap parti dibawah Barisan Nasional.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak akan pilih kasih kepada rakyat, bila tiba perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha kita akan bagi sumbangan kepada orang melayu, tiba tahun baru cina, kita akan bagi sumbangan kepada kaum cina dan kini tiba raya deepavali, kita bagi sumbangan kepada kaum india.Begitu juga kepada yang beragama lain seperti kristian, kita akan bagi juga sumbangan". - Dato Shafei Abdullah


Daripada sumbangan tersebut, dapat lihat yang kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak bersifat rasis. Mereka memberi sumbangan kepada semua golongan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tidak seperti PAS yang "kononnya" mengamalkan politik berlandaskan Islam tetapi tindakan yang dilakukan bertentangan apa yang dikatakan.Lagi gambar klik di sini

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


BN MENANG RAKYAT SENANG




Panas!!!Dr MAZA Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Memali??

Monday, November 19, 2012

Wajib Tengok!!!Dr MAZA Sokong PAS Doa Kemusnahan Sesama Islam???

UFB-Harun Taib Ulama Tidak Berakhlak???

Sunday, November 18, 2012

Amaran Buat Abby..Dalami Dulu Agama Islam Sebelum Bercakap..Jangan Nak Cari Publisiti Murahan Jerr!!!!


Kesian la si Abby Abadi yang baru berasa macam nak beragama tetapi sadisnya, kejahilannya dalam bidang agama melampau-lampau. Malangnya, manusia bengong seperti dia bukannya nak belajar, sebaliknya nak mengajar kerana enggan diketahui yang dia jahil, bengong, bahlol dan waham!

Kalau kat TWITTER, bukan main lagi dia block orang ni, block orang nu bila kenyataannya disanggah dan dia memang salah serta dibuktikan jahil. Bila dah tak ada orang tegur atau cuba perbetulkan kebengongannya itu, maka makin merapu merabanlah dia mengeluarkan pelbagai hukum, laksana tok sami yang hendak memajukan tokongnya agar si tok sami tak perlu lagi keluar bekerja macam orang lain.

Hanya Jadi Pencacai..Muktamar PAS 2012 Hanyalah Untukmu DAP..Shittt



MUKTAMAR Tahunan Pas Kali Ke-58 sudah bermula di Kota Bharu, Kelantan. Bagaimanapun tiada apa-apa kejutan yang diharapkan akan berlaku dalam muktamar tersebut.

Walaupun ramai yang ternanti-nanti apakah pendirian Pas dalam pelbagai isu berkaitan dengan Islam termasuk terbaru melibatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, namun sudah jelas Pas tidak akan melakukan apa-apa dalam soal itu.

Jika apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diambil kira adalah jelas Pas sudah menanam tekad bahawa sepanjang muktamar ini isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tidak akan ditimbulkan.

Malahan Dewan Ulama sendiri sudah membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah sesuatu yang benar sebaliknya tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam Pas agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan pakatan pembangkang.

Kalau Dewan Ulama sudah berpendirian demikian, sudah pasti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak akan melepasi apa yang diputuskan.

Tidak kisahlah sama ada pemimpin-pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam atau DAP akan terus menentang hukum hudud, yang pasti Pas tidak akan berkata apa-apa dalam muktamar kali ini.

Ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka selari dengan keghairahan Pas untuk memburu kuasa bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.

Dalam masa yang sama 'serangan' beliau ke atas Umno dan BN tidak akan berakhir ketika merasmikan dewan Muslimat sahaja. Abdul Hadi akan terus menyerang parti pemerintah itu dengan pelbagai hujah bagi menu jukkan kononnya Pas lebih baik daripada  Umno dan pakatan pembangkang 'lebih mulia' daripada BN.

Sememangnya dalam berhadapan dengan pilihan raya, Pas tidak akan mempunyai keberanian untuk menegur kepincangan pakatan pembangkang. Pas tidak mahu sebarang teguran dilihat memberi peluru kepada musuh politik mereka, biar pun hakikatnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, mereka harus bercakap atas dasar kebenaran.

Tetapi kita harus ingat, ahli-ahli Pas termasuklah para ulama mereka bukanlah individu bebas apatah lagi pertubuhan bebas yang tiada mempunyai apa-apa kepentingan dalam memburu kuasa politik.

Perjuangan Islam hanyalah platform untuk mereka meraih kuasa politik jesteru sudah pastilah apa juga tindakan yang bakal mereka lakukan ia berlandaskan kepada perhitungan sama ada boleh mendatangkan keuntungan politik kepada pas ataupun tidak.

Oleh itu mana-mana pihak khususnya orang melayu hanya akan bermimpi di siang hari jika mereka mengharapkan dalam muktamar kali ini, Pas akan bersuara tegas sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Tumpuan Pas ialah memenangi pilihanraya, matlamat Pas adalah untuk menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Pas semakin lemah untuk bergerak sendirian sebagai sebuah parti politik, sebab itulah kita akan saksikan dalam muktamar kali ini, Pas terus berusaha menjaga hati sekutunya termasuk akan menunjukkan kepada mereka bahawa Pas adalah kawan paling setia.

Pemimpin-pemimpin Pas tidak akan berani menyinggung perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau mereka bercakap soal Nurul Izzah, pemimpin Pas tidak akan berani menegur pemimpin-pemimpin DAP yang menentang hukum hudud kerana kalau kedua-dua tindakan itu dilakukan 'alamatnya' terlepaslah peluang PAS untuk berada sekapal dengan kedua-dua parti itu menuju Putrajaya.

Sebab itulah, ramai yang meramalkan bahawa muktamar kali ini dianggap paling hambar dan tidak akan membawa sebarang erti dalam menonjolkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya apa yang bakal disaksikan iatalah kesetian Pas untuk menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi alat terbaik bagi PKR dan DAP untuk meraih kejayaan cemerlang dalam pilihanraya umum nanti.

Sudah pasti sikap Pas dalam muktamar nanati akan mengembirakan PKR dan DAP kerana mereka bangga apabila sebuah parti yang sebahagian dianggotai oleh ulama akan menurut sahaja apa yang bakal mereka lakukan.

Harapan orang Melayu untuk melihat ketegasan Pas dalam mempertahankan soal-soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam hanya tinggal harapan.

Pas tidak akan mempedulikan semua itu kerana apa yang penting ialah menjaga 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAp bagaikan menatang minyak yang penuh.

Tentulah tidak ada mana-mana perwakilan yang berbahas berani membangkitkan apatah lagi mempertikaikan hubungan ini kerana nanti mereka akan dituduh membawa suara Umno dalam muktamar Pas.

Oleh itu apa yang bakal kita saksikan ialah sekelompok ahli politik yang kononnya menguar-uarkan mereka pejuang Islam akan berhujah mempertahankan kerjasama tersebut.

Apa pun mereka perlu faham, orang melayu dan umat Islam tidak kisah jika Pas beranggapan bahawa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP akan mampu memenuhi impian mereka untuk memperoleh kuasa politik.

Tetapi apa yang orang Melayu tidak mahu lihat ialah bagaimana Pas terlalu taksub dengan kerjasama tersebut sehingga soal-soal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sanggup diketepikan atau bertolak ansur.

Mungkin Pas tidak akan memperdulikan fakta ini kerana mereka mahu menjaga hati PKR dan DAP. Pas hanya berani menyerang pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi kecut perut apabila berhadapan pemimpin PKR dan DAP.

Begitulah nasib Pas kini yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dengan matlamat untuk menegakkan syariat Allah di bumi bernama Malaysia ini.

Sikap kemaruk untuk berkuasa dan terlalu teruja untuk menggantikan Umno  telah menyebabkan Pas sanggup mengorbankan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.

Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas yang hadir ke muktamar berkenaan teruskanlah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP tetapi percayalah jika Pas tidak berhati-hati mereka hanya menjadi alat kepada kedua-dua parti untuk meraih kuasa.

Ahli dan penyokong Pas perlu faham bahawa tidak salahnya untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai kejayaan dalam pilihanraya tetapi biarlah ia dalah situasi 'menang-menang'.

Tetapi apa yang sedang kita saksikan sekarang ialah Pas sebuah parti yang dilihat jauh lebih beribawa daripada PKR dan DAP bagaikan melukut di tepi gantang.

Kalau pemimpin Pas menafikan fakta ini, zahirkan resolusi dalam muktamar kali ini meminta supaya PAs diberi peluang untuk menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang buka sekadar pak turut. Soalnya beranikah pemimpin Pas berbuat demikian.-MIK

MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM DEMI PARTI!!..Itulah PAS



Perkara yang tak masuk akal. Selama aku hidup, ini pertama kali ada orang Islam mendoakan kehancuran kepada orang Islam dek kerana demi untuk merampas Putrajaya. Apakah ini semua?

Hairan bin ajaib apabila yang mengimamkan doa dan solat hajat tersebut adalah individu yang datangnya dari parti konon Islam. Lebih malang lagi apabila kesemua umat Islam yang hadir turut mengaminkan doa tersebut.

Inikah ajaran Islam yang dibawa oleh parti berkenaan yang dahulunya bersungguh untuk menegakkan Islam tetapi kini matlamat telah menghalalkan cara. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin mereka bersetuju dan menyokong perbuatan mereka yang secara jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang diterapkan.

Jika dimasjid-masjid seluruh dunia mendoakan kehancuran Israel Zionis, tetapi tidak di Stadium Mohammad IV. Mereka lebih mengutamakan kehancuran kerajaan Islam sedia ada dari kehancuran Israel yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin.

Beginikah cara Islam dididik di dalam PAS?

Saturday, November 17, 2012

HaprakDaily Akhbar Fitnah Perdana PAS Ditembak Kiri Kanan!!!



Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.
 
Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.   Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.   Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.  Umum sedia maklum bahawa KJ  merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.  Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,  disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah  jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.   Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.  Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.  Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang.  Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

UFB Gesa Nurul Izzah Bertaubat!!!

Friday, November 16, 2012

Izzah Bodoh, Bangang..Tak Guna Belajar Tinggi - Tinggi



Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah menerima bahana ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Pada kebiasaannya, perkara sebegini hanya dibiarkan berlalu tanpa memberikan sebarang impak besar seperti yang sering diucapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara.

Mungkin faktor yang disifatkan sebagai kenyataan Anwar di luar negara tanpa boleh dibuktikan kesahihan sumbernya, boleh dianggap dan didakwa sebagai fitnah serta menjatuhkan kredibiliti beliau, walaupun kenyataannya mengenai pluralisme dan hukuman liwat yang dianggap kuno dan ketinggalan zaman mampu membangkitkan amarah umat Islam.

Namun begitu dalam isu membabitkan Nurul Izzah, beliau telah memberikan kenyataan kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja ini boleh ditonton melalui rakaman video di internet dan di laman Youtube. Wajarkah kenyataan beliau juga dianggap sebagai fitnah dan sengaja diadakan atas dasar mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli parlimen dan penganut agama Islam?

Anwar sering menggunakan bahasa yang ditafsirkan sebagai “grey meaning” iaitu suatu kenyataan bermaksud kabur lalu boleh membolosi dakwaan dengan mengatakan “kenyataan saya sudah disalahtafsirkan” mahupun “itu bukan maksud saya sebenarnya”. Namun pengunaan cara yang sama cuba dilakukan oleh Nurul Izzah nyata gagal sama sekali.

Anwar juga sering meletakkan kesalahan kepada pihak yang melaporkan kenyataan beliau sebagai salah ungkapan, berniat jahat, salah lapor dan interpretasi yang tidak tepat. Dalam isu membabitkan ahli parlimen Lembah Pantai ini, benarkah media pro pembangkang juga boleh dianggap sebagai melakukan salah ungkapan, berniat jahat, salah lapor dan interpretasi yang tidak tepat terhadap Nurul Izzah?

Mungkin kebiasaannya, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 sering dijadikan sebagai kambing hitam sebagai cubaan melakukan fitnah serta menjatuhkan kredibiliti kedua-dua ahli parlimen ini. Namun bagaimana pula dengan perihal kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama ini diambil dari portal Malaysiakini malah boleh diambil dari rakaman video di Youtube. Mungkin agak janggal bagi ahli parlimen Lembah Pantai ini untuk mengheret satu pihak sahaja dengan tindakan saman.

Keghairahan Pakatan Rakyat untuk mengejar undi bukan Islam tidak seharusnya mempersendakan agama Islam seperti sampah sarap yang jijik. Mungkin menyedari undi orang Melayu hanya atas sebab dari pengaruh Pas maka Parti Keadilan Rakyat perlu mencuri tumpuan undi dari pengundi bukan Islam lalu mencetuskan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku.

Adakah perkara ini terjadi kerana pembangkang mula menyedari undi orang Melayu sudah kembali bertapak kepada UMNO. Mungkinkah juga penyokong UMNO khususnya, yang merajuk lari meninggalkan UMNO ketika zaman pentadbiran Pak Lah sudah kembali, maka keadaan ini bakal memberikan signal 'tenat' bagi parti-parti pembangkang yang amat bergantung harap kepada isu dan skandal kerajaan bagi meraih undi.

Kelibat beberapa pemimpin Pas yang semakin menjuarai isu kebebasan beragama dan kalimah Allah dikalangan penganut beragama Kristian mempermudahkan penganut Islam seperti Nurul Izzah untuk terus memperdagangkan prinsip agama demi meraih undi dikalangan bukan Islam. Perlumbaan untuk menjadi jaguh dalam meraih undi bukan Islam ini sebenarnya memungkinkan perkara dan dan tingkah laku sebegini berlaku.

Berapa lama lagikah perlu dilakukan "damage control' seperti ini jika kenyataan yang dikeluarkan terlalu banyak menimbulkan persepsi dan kemarahan kepada umat islam. Mengalihkan isu kepada kononnya dakwaan salah laporan dan berniat jahat tidak sepatutnya berlaku kerana bukti rakaman video di Youtube sewaktu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ ini jelas seperti yang dikeluarkan dalam portal pro pembangkang. Rakyat terutamanya umat Islam mungkin tidak mempercayai lagi ini adalah angkara media pro kerajaan dan UMNO khususnya.

Tindakan 'desperate' seperti ini tidak seharusnya berlaku melainkan ianya memerlukan tingkah laku seorang 'desperado'. Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk tidak turut serta dengan kerajaan pusat dalam pembubaran DUN dan Parlimen juga boleh dijadikan kayu pengukur hilangnya keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Namun begitu persoalan yang sering bermain di fikiran umat Islam adalah dimanakah 'locus standi' pihak gereja untuk menganjurkan forum membincangkan isu umat Islam dan agama Islam ini?

Anwar & Izzah..Ini Satu Peringatan Buat Anda





Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad memberi amaran terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar jangan melakukan tafsiran Al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa berlandaskan ilmu.

Haaaa...Takut tak Izzah buat camni???..
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam terhadap kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Ismail Mina turut menegaskan mereka yang gemar mentafsirkan Al-Quran tanpa ilmu ini sebagai golongan yang sedang menempah kerusi dalam neraka, berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berkenaan pesanan Nabi Muhammad saw terhadap umatnya yang menegah perbuatan tersebut.


Presiden MUAFAKAT ini turut mengecam perbuatan golongan ini sebagai mereka yang tidak pernah takut terhadap Islam namun lebih takut menghadapi situasi kehilangan kuasa untuk menawan sesuatu yang hilang.

"Saya tahu Anwar dan Nurul Izzah bukannya golongan yang benar-benar mempunyai latarbelakang agama yang hebat.

Papa takut Izzah..Jangan buat camtu..waaaaaaa

"Maka kenyataan yang dikeluarkan mereka tentang Islam tidak pernah berlandaskan kepada mana-mana ulama, mufti mahupun Majlis Fatwa," katanya yang juga adalah bekas pengasas bersama penubuhan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) sewaktu bersama dengan Anwar.

Beliau turut menyeru umat Islam agar memandang serius terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan dakyah pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang mampu merosakkan akidah justeru boleh terjerumus menjadi syirik.

"Mereka yang suka memutar belitkan Islam ini hanya berani bercakap dihadapan bukan Islam dan orang Islam yang tidak arif mengenai Islam sebenarnya.

Kalau betul Nurul Izzah kata kenyataannya benar, maka saya mahu beliau bercakap di atas platform dan dihadapan intelektual Islam pula," katanya.-KLPOS

Pemuda PAS Tolak Bersih 4.0???



Semua orang tahu, penganjuran BERSIH adalah melibatkan Zionis, sama ada dari segi kewangan, latihan, mahupun strateginya. Zionis memberikan bantuan menerusi beberapa agensi-agensinya yang diketahui rapat dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Zionis yang berpangkalan di Singapura dan Australia menjadi tempat rujukan tetap Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Tian Chua serta pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng. Bahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Chew, menjadi orang kepercayaan Lim Guan Eng untuk melarikan sebahagian besar wang rakyat Pulau Pinang ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

BERSIH yang konon-kononnya dianjurkan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah pergerakan yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara kucar-kacir yang memudahkan kemasukan Zionis menerusi penawanan ekonomi mahupun politik. Dan walaupun PAS terlibat sepenuhnya dalam BERSIH menerusi penglibatan Mat Sabu selaku pemimpin utamanya, PAS tidak lebih daripada seekor keledai yang ditunggang dan dicungkil punggungnya agar bergerak pantas.

Sebabnya sangat mudah, penyertaan demonstrasi siri BERSIH hampir sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS. Sedangkan DAP pula sekadar mengerahkan beberapa kerat ahli dan penyokong mereka bagi mengelabui dan menyeronokkan PAS. PKR pula yang ketiadaan ahli, sekadar berlagak macam tuan besar, konon-kononnya merekalah yang mengaturkan segala-galanya. Dan konon-kononnya, wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan demonstrasi tersebut juga datang daripada PKR.

Manakala PAS pula dikerahkan menghimpunkan puluhan ribu ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di jalanraya seperti kera-kera yang terbakar ekor. PAS jugalah yang menyediakan segala kemudahan dan PAS jugalah yang menyediakan UNIT AMAL untuk membantu para peserta demonstrasi selain barisan peguam yang diwakili oleh Hanifa Maidin.

Mungkin menyedari mereka ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan PAS dibodohtaikkan oleh DAP dan PKR, Pemuda PAS sebulat suara menolak usul mengadakan atau terlibat dengan penganjuran BERSIH 4.0. Alasan yang diberikan ialah, segala tenaga dan kewangan elok ditumpukan kepada PRU yang semakin hampir. Malah Pemuda PAS juga berpendapat, lebih baik tenaga yang hendak dihantar ke dalam demonstrasi BERSIH 4.0 itu digunakan untuk memberi penjelasan bagi memudahkan PAS menawan Putrajaya.

PAS tawan Putrajaya dengan 60 kerusi?

Alahai… kalau PAS tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 4.0, kuranglah meriahnya demonstrasi tersebut. Tanpa PAS, demonstrasi BERSIH 4.0 mungkin akan hanya diadakan di Dataran Maybank Bangsar Utama, atau paling tidak pun di hadapan pejabat Hishamuddin Rais tidak jauh dari Dataran Maybank.

Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, sudah tentulah, Hishamuddin Rais hanya mampu menjentik telur sendiri kerana berapa kerat sangatlah demonstrator dari PKR dan DAP yang sanggup turun. Lagipun, ahli-ahli PAS adalah upahan yang paling murah boleh diperolehi oleh DAP dan PKR. Cukup dengan duit rokok dan janji-janji muluk, ahli-ahli PAS boleh berguling-guling di atas jalanraya.

Takkanlah ahli-ahli PAS, terutama sekali Pemuda PAS mahu melepaskan peluang itu? Takkan mereka tidak mahu membuktikan yang PAS adalah parti murahan dan ahli-ahlinya pula tidak lebih hormat daripada pelacur kelas kambing yang boleh dipergunakan untuk apa-apa tujuan bagi kepentingan DAP dan PKR?

Thursday, November 15, 2012

Pemuda PAS Didesak Jadi Agen Kritik Pembangkang



Kepimpinan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana gagal memainkan peranan sebagai agen pendesak dan pengkritik terutama membabitkan kerjasama politik dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Perwakilan Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, Pemuda PAS dilihat seolah-olah mengambil pendirian untuk berdiam diri tanpa memberi sebarang teguran atau kritikan terhadap kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

"Adakah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini seperti maksum (bebas kesalahan)?

"Hari ini tak ada sebarang teguran daripada Pemuda PAS terhadap negeri-negeri yang kita tadbir...perkara ini perlu kita perbaiki, kita kena mainkan peranan yang baik," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di sini, Khamis.

Selain itu Mohd Faizul dengan lantang turut mengkritik intipati Ucapan Dasar Nasrudin kerana disifatkan gagal menyuntik semangat perwakilan Pemuda PAS terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malah menurutnya, Nasrudin gagal menggunakan kesempatan pada muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang khusus sebagai medan pengukuhan jentera dikalangan golongan muda.

"Ucapan dasar ini hanya seolah-olah sebagai sorotan sejarah...tak ada perkara baru yang dibangkitkan dan kurang lontaran idea yang didahagakan anak muda.

"Sebab itu hingga hari ini tidak ada figura hebat yang dilahirkan Pemuda PAS untuk dijadikan ikon golongan muda," katanya.

Akhbar Lidah Rasmi PAS, Harakah Nak Bankrap Dohhh???...




Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.

Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.


"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.

Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.

"Kita juga mendesak PAS Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya.


Muktamar PAS Hanya Agenda Jilat Anwar Dan Guan Eng???



Maka berlangsunglah Muktamar Agung PAS yang ke-58 di Kelantan. Muktamar berkenaan menghimpunkan segala macam pemimpin dan ahli PAS, sama ada yang satu kepala, mahupun yang kurang berkepala. Dan seperti biasa, menjelang Muktamar Agung PAS, maka akan bercakaplah para pemimpin PAS dengan penuh semangat dan berkobar-kobar, bagaikan pahlawan yang hendak menyelamatkan puteri dari sebuah menara tinggi yang dijaga oleh naga sakti.

Beberapa nama telah tercicir sebelum Muktamar biarpun nama-nama berkenaan pernah suatu ketika dahulu merupakan antara pemimpin terkenal dan terpenting PAS. Antara nama-nama berkenaan adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS, yang masih lagi ahli PAS dan merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura PAS Pusat tetapi sangat dibenci oleh golongan yang menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Seminggu sebelum berlangsungnya Muktamar Agung PAS Ke-58, satu pertemuan telah dibuat di Hotel Vistana. Dalam pertemuan berkenaan, 11 Resolusi telah dicapai secara sebulat suara. 11 Resolusi tersebut merupakan keprihatinan ahli-ahli dan bekas-bekas ahli PAS yang sebenarnya masih meyayangi parti berkenaan terhadap PAS. Resolusi-resolusi berkenaan dilihat sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan PAS lebih ulung sama ada sebagai ketua Pakatan Rakyat, mahupun PAS sebagai sebuah parti individu… atau lebih tepat lagi, sama ada PAS sebagai wadah politik Islam, mahupun sebagai satu gerakan Islamiyyah yang menjadikan politik sebagai medan berdakwahnya.

Dan seperti biasa, sebarang Resolusi yang memperkecil-kecilkan penglibatan kaum PARASIT dan IBLIS PAS, maka akan bersuaralah golongan berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ‘Ketua Whip’ penyembah-penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Khalid Samad melabelkan pembuat-pembuat Resolusi tersebut sebagai ANJING dan menyifatkan mereka tidak berhak memberikan sebarang pandangan terhadap PAS kerana sebahagian daripada mereka adalah bekas-bekas ahli.

Pendapat yang sama juga disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, merangkap Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Kata Azizan, Resolusi-Resolusi tersebut tidak terpakai kerana ianya bukanlah dibuat oleh kepimpinan yang ‘berhak’.

Sebelum ini, Khalid Samad pernah menyatakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang sedia dikritik sama ada dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri mahupun orang luar. Kritikan berkenaan katanya, akan menambahkan lagi kemantapan perjuangan dan kehadiran PAS dalam arus perdana politik tanahair.

Bagaimanapun, seperti yang semua maklum, di dalam PAS, sudah ada momokan bahawa ULAMA TIDAK BOLEH DIKRITIK. Manakala pemimpin-pemimpin yang dilihat mempunyai ‘serban besar’ akan segera diangkat menjadi ulama, biarpun pengangkatan tersebut sekadar berpandukan kepada serban, jubah dan kepiah putih, bukannya bidang keilmuwan dan kesarjanaannya dalam bidang-bidang tertentu. Momokan ULAMA itu sengaja diberikan agar, segala keputusan tidak boleh dicabar atau disangsikan.

Dek kerana itulah, sebarang keputusan daripada Majlis atau Dewan Ulama PAS, biasanya bermusim dan mengikut kepentingan tembolok pemimpin-pemimpin PAS, bukannya ijtihad agama dan maslahat umat.

Muktamar Ke-58 ini sebenarnya terlalu rapat dengan PRU. Seperti yang diketahui, PAS bergantung sepenuhnya kepada PKR dan DAP sama ada dari segi taktikal, mahupun kewangan. Para pemimpin PAS Pusat dan penggubal serta pelaksana dasar PAS, adalah mereka yang terikat sepenuhnya dengan PKR dan DAP.

Sebelum ini, PAS kelihatan berkecil hati apabila PKR bertindak merampas banyak kerusi yang ditandingi secara tradisi oleh PAS. Walaupun para pemimpin PAS memberikan alasan TAHALLUF SIYASI untuk memujuk hati sendiri, kebanyakan ahli PAS sangat sedar, bahawa TAHALLUF SIYASI yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan penjajahan PKR dan DAP ke atas PAS. Walaupun katanya TAHALLUF SIYASI, hakikatnya, PAS sentiasa perlu mengalah dan akur dengan kehendak serta perintah PKR dan DAP dalam apa juga keadaan, termasuklah HUDUD yang menjadi teras perjuangan PAS.

Hanya untuk memujuk hati para pengikut yang semakin terhina, serangan ke atas UMNO diperhebatkan. Manakala pembelaan terhadap para pemimpin PKR dan DAP dipergiatkan. Para pemimpin PAS tenggelam punca dan hilang fikrah perjuangan yang mereka sendiri ikrarkan dan laung-laungkan.

Justeru, muktamar kali ini sebenarnya dilihat lebih menjurus kepada usaha memujuk dan menenangkan hati para pemimpin PKR dan DAP. PKR mungkin akan bising-bising kerana tanpa suara, PKR adalah kambing jantan hilang janggut. Manakala DAP selaku taiko besar pula, sekadar bercekak pinggang atau memeluk tubuh sambil memerhatikan perjalanan Muktamar Agung PAS Ke-58 dengan mata besar.

Pastinya, dalam Muktamar kali ini, kepentingan PAS akan dikesampingkan, sebaliknya para pemimpin PAS akan memperkatakan tentang hebatnya para pemimpin dari PKR dan DAP. Dan kemudian kata-kata tersebut akan dituruti dengan patuh oleh ahli-ahli PAS yang lain kerana pendoktrinan di dalam PAS telah menjadikan mereka sebagai badut tidak berleher yang akan sentiasa mengangguk, walaupun dubur mereka disula dengan besi berbara!!!

Aset Terbaru PKR!!! Ni Pon Sewa Jugak Ke???!!!

Wednesday, November 14, 2012

Panas!!! Siapa Cikgu Non Yang Berani Belasah Kepimpinan PAS???

Tuesday, November 13, 2012

Zulkifli Nordin- PR Wujudkan Keraguan Dalam Islam


Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) didakwa cuba mewujudkan keraguan dalam Islam kerana mempertahankan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama demi mencapai hasrat menawan Putrajaya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, kenyataan Nurul Izzah mempunyai persamaan dengan Majlis Peguam yang menyokong usaha menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Menurutnya, kenyataan dan kesepakatan ketiga-tiga parti komponen PR mempertahan kenyataan itu beri ancaman bahaya kepada Islam.

Katanya, Perlembagaan meletakkan Islam lebih dari agama lain dan termaktub sebagai Agama Persekutuan.

"Tindakan Pas memperlihatkan kesepakatan mempertahankan Nurul Izzah. Pas juga lebih mengutamakan kerusi berbanding isu kebebasan beragama.

“Saya hairan Pas boleh terima kenyataan ini, sedangkan sebelum ini Pas menentang Majlis Peguam dalam menuntut pelaksanaan IFC,” katanya.

Beliau mendakwa, kenyataan yang menyebutkan orang Melayu boleh menukar agamanya, mempunyai kesan besar sehingga boleh  hapuskan bangsa sendiri.

Sebelum ini, Zulkifli turut mencabar Pas menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dipetik dalam laman portal berbahasa Inggeris mengenai hak kebebasan memilih agama tidak terhad kepada orang bukan Islam, sebaliknya diberi kepada orang Melayu beragama Islam

Fuhh!!! Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama PAS???



Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.  Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.   Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.   Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.  Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.

Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.  Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.

Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.

Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip.  Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.”  Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.

Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.   Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.

“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.”  Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.  Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.  Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.  Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.

Namun, Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.  Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.   Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.  Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.

Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah.  Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.

Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama?  Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

Monday, November 12, 2012

Ustazah Nurul Izzah vs Ust Kazim Elias

Siapa Sebenarnya Bertopengkan Islam?

Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah Tidak Boleh Terima Alasan Di Pecat




Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah,Mohd Najib Fahmi Yahya Berkata Beliau Tidak Boleh Menerima Alasan Mengapa Beliau Di Pecat.Beliau Berkata Demikian Di Majlis wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal'.Wacana Ini Adalah Inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.

Ini lah sikap Pas yang suka memecat ahli sesuka hati. Di Batu Kurau Perak Ustaz Tajudin pun dipecat oleh Pas kerana beliau mempertikai kan urusan kewangan Kohilal dan cara Kohilal mendapat keuntungan dengan cara yang tidak berlandaskan hukum syariah.

Putar Belit: Nik aziz Nafi Bela Nurul Izzah???




KOTA BHARU - Dikala seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bangkit menegur, mengkritik dan menyelar kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar bahawa Melayu Islam bebas untuk memilih mana-mana agama, namun Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil dengan pendapat yang berbeza apabila menafikan kenyataan itu dibuat oleh Nurul Izzah dan menuduh pihak media telah memutarbelitkannya.

Menurut Nik Aziz, kenyataan itu bukan datangnya daripada Nurul Izzah sebaliknya pihak media telah memutarbelitkan kenyataan tersebut, "Izzah lain surat khabar lain, hak Izzah bercakap mestikah serupa dengan surat khabar siar" katanya.

Namun kenyataan Nik Aziz itu mengundang rasa terkilan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang menyifatkan kenyataan Nik Aziz membela Nurul Izzah itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama Islam dan lebih mementingkan politik semata-mata.

Abdullah berkata, pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik, tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.

"Amat dikesalkan kerana pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini hari ini.

Katanya Nik Aziz  jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar.


"Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya.

Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.

Bagaimanapun berhubung kenyataan yang dibuat Abdullah itu, sekali lagi Nik Aziz membuat kenyataan balas menerusi Facebook beliau dengan mendakwa syaitan bisu atau syaitan berkata-kata keduanya adalah hina, Nik Aziz turut menafikan membela Nurul Izzah melainkan hanya ingin mendapatkan kenyataan penuh sebelum beliau mengulasnya.

"Menjadi syaitan samada bisu atau bercakap kedua-duanya adalah hina. Alangkah pelik jika seorang yang berilmu agama berkata lebih baik menjadi syaitan bisu dari syaitan berkata-kata,

"Dalam hal kenyataan YB Nurul Izzah, saya hanya ingin mendapat kenyataan penuhnya yg sebenar sebelum memberi komen, dan beliau sudah berhasrat menyaman media yang memutarbelitkan kenyataannya. Saya kesal dgn perbandingan melampau penasihat agama PM ini".

Sunday, November 11, 2012

Majlis Sumbangan Deepavali Anjuran Barisan Nasional Wangsa Maju

Pada 11 Nov 2012, bersamaan hari ahad kira-kira jam 4 petang,satu majlis sumbangan sempena hari Deepavali telah diadakan di Dewan Taman Setapak, Wangsa Maju.

Majlis yang merupakan kerjasama antara MIC Wangsa Maju dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) ini telah menyaksikan hampir 350 warga miskin, kurang upaya,warga emas dan OKU menerima sumbangan.

Majlis ini telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju, Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah.

Beberapa kepimpinan parti komponen lain turut hadir dalam majlis ini antara nya UMNO,PPP Dan Gerakan.

Berikut Gambar Sekitar Majlis.






Lagi Gambar Klik Disini

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

BN MENANG RAKYAT SENANG