Monday, September 10, 2012

Ustaz Taha Bekas Aktivis PAS Persoal Adakah Mat Sabu Dan Mahfuz Ulama PAS


Ustaz Hj Taharuddin Yaakob, bekas aktivis PAS mengimbau kembali penolakan kepimpinan bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Asri Muda dalam Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982.

“Waktu dia (Asri) ditolak dalam muktamar di Dewan Bahasa. Waktu tu saya ada. Pagi tu Datuk Asri datang, tapi petang tak datang, kerana apa kerana pertembungan kumpulan yang pro Asri dengan kumpulan yang tak setuju Datuk Asri jadi Presiden.

“Kononnya apa ? Kononnya Datuk Asri ini ialah nasionalis Islam. Mereka tak mahu nasionalis Islam, mereka hendakkan ulama..maka bertukarlah waktu itu, Yusof Rawa jadi presiden (ganti Asri),” katanya.

Asri secara rasmi keluar daripada PAS pada 23 Februari 1983 selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Yusof Rawa.

Kemudiannya beliau menubuhkan HAMIM (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) pada 24 Mac 1983 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988.

Menurut Ustaz Taha, selepas Asri yang dilabel ‘nasionalis Islam’ berjaya disingkirkan, sepatutnya PAS berjaya merealisasikan konsep kepimpinan ulama yang dicita-cita parti itu.

“Sekarang ini, dalam PAS, siapa dia ulama ? Mat Sabu ? Orang tahu Mat Sabu bukan ulama. Orang tahu Mahfuz bukan ulama.

“Akhirnya, PAS sekarang ini yang dulunya menolak Asri kerana kepimpinan ulama..tapi sekarang ini PAS kembali kepada bukan ulama.

“Sekarang orang PAS sendiri persoalkan kenapa tolak Nasharuddin Mat Isa, memang dia mengaji agama dan terima Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika ditemui Minaq Jinggo pada 6 September lalu-Anwaraidc

1 comment:

  1. mat sabu ngan mahfuz tu bukannya ulamak tapi pukimak!

    ReplyDelete