Wednesday, April 3, 2013

Ahli-Ahli Pas Yakin Solat Tidak Sah Jika Berimamkan Anwar Ibrahim??


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Terus Baca Di Sini

2 comments:

  1. hadi nak jadi PM, kenal ke dia kayu, besi,tanah,pasir, entah apa lagi...carilah orang yang boleh membangun kan negara, rakyat nak makan nak hidup, jangan nak fikir soal akhirat saja...nak tanya... kawin dua tu untuk dunia ke akhirat, atau nak sedap memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini satu anggapan yang cetek dan terlalu materialistik...Rasulullah saw, Khulafa ar-Rasyidin, adakah mereka pakar dalam segala hal? Sesiapa pun untuk jadi pemimpin, tak perlu nak kenal kayu, tanah, pasir dan entah apa lagi...perlu tahu cara memimpin...jujur, amanah dan segala sifat baik yang lain...

      Delete